Bumbung tiga rumah rosak akibat ribut
SANDAKAN: Bumbung tiga rumah di Kampung Banting, Batu 12 Jalan Labuk, dekat sini, rosak akibat ribut pada Ahad lepas.
Angin kencang menyebabkan beberapa keping atap spandek dari rumah Ketua Kampung Kamal Karim tercabut dan bumbung dua rumah lagi mengalami sedikit kerosakan, dalam kejadian kira-kira jam 1.15 petang itu.
Kerosakan bumbung rumah Kamal agak teruk dari- pada tiga rumah yang terjejas. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
Difahamkan, pemilik rumah terbabit mula membaiki bumbung yang rosak, selepas hujan berhenti pada lewat petang.