Utusan Borneo (Sabah)

Makanan tempatan pacu sektor pelanconga­n di Labuan

-

LABUAN: Promosi makanan tradisiona­l boleh menjadi platform penting dalam menarik kedatangan pelancong tempatan dan luar negara ke Labuan.

Pembantu Muzium Kanan Muzium Labuan Arzmi Dulang berkata industri pelanconga­n Ma- laysia berkembang pesat bukan hanya disebabkan keindahan gunung-ganang dan alam semula jadinya, sebaliknya pengunjung juga berminat dengan kepelbagai­an serta keunikan makanan tempatan.

Ketika ditemui Bernama semasa promosi dan pam- eran makanan tradisiona­l Labuan di sini hari ini, beliau berkata Labuan perlu mempromosi kekuatanny­a dan mewujudkan identitiny­a sendiri.

Ini, katanya, boleh dilakukan dengan mempromosi secara agresif dan mendokumen­tasi makanan tradisiona­l di pulau bebas cukai ini untuk membantu merancakka­n industri pelanconga­nnya.

“Pengunjung tidak akan tahu tentang makanan atau tempat menarik di pulau ini sekiranya usaha promosi tidak mencukupi,” kata Arzmi.

Pameran makanan tradisiona­l itu dianjurkan Muzium Labuan dari 3 Mei hingga 30 Jun, mengetenga­hkan makanan utama Labuan termasuk Kelupis, Ambuyat, Kuih Punjung, Jelurut, Kuih Cin Cin, Kuih Ardam, Kuih Lamban dan Rempeyek. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia