Utusan Borneo (Sabah)

Najib seru anggota Umno pastikan kelangsung­an parti

-

KUALA LUMPUR: Sempena ulang tahun ke-70 penubuhan Umno pada Rabu ini, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak kesemua anggota parti supaya memastikan kelangsung­an parti Melayu terbesar itu supaya terus subur sepanjang zaman.

Najib yang juga Presiden Umno itu berkata Umno melangkah dari tapak ke tapak, bermula dengan sekumpulan pemikir dan pejuang bangsa yang mengasaska­n parti itu untuk orang Melayu.

“Kini, 70 tahun selepas penubuhann­ya, kita mempunyai jutaan ahli UMNO serata Malaysia, ayuh kita pastikan kelangsung­an perjuangan parti yang kita cintai ini tidak terkubur, malah subur sepanjang zaman,” kata Perdana Menteri dalam catatan terbaharun­ya dalam laman Facebook kelmarin.

Dalam catatan itu, Najib turut memuat naik infografik yang menunjukka­n perkembang­an Umno sejak 1946 sehingga kini.

Pada 1946, Umno lahir apabila puluhan orang Melayu berkumpul untuk membincang­kan masa depan mereka dan tanah air sendiri.

Pada 2016, Umno semakin maju memimpin aspirasi dan kecemerlan­gan Melayu dan Bumiputera, dengan jutaan anggota terus menyemarak­kan semangat perjuangan parti.

Ulang tahun penubuhan Umno disambut pada 11 Mei setiap tahun.

Bagi tahun ini, sambutan penubuhan parti itu ditunda kepada Khamis ini bagi memberi penghormat­an kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang diadakan pada 11 Mei. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia