Utusan Borneo (Sabah)

Guna MyKad orang lain, wanita dipenjara 20 bulan

-

KOTA KINABALU: Seorang wanita yang mendakwa menggunaka­n MyKad rakannya dikenakan hukuman penjara 20 bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin.

Majistret Jessica Ombou Kakayun menjatuhka­n hukuman itu terhadap Jumrah Saharon, 26, selepas mengaku bersalah menggunaka­n MyKad orang lain.

Tertuduh didapati memiliki kad berkenaan atas nama Nurain Wahab bernombor 900118- 125890, pada 24 April tahun ini jam 11.05 pagi di hadapan sebuah sekolah, Jalan Tuaran, di sini.

Jumrah didakwa mengikut Seksyen 25 (1) ( o) Peraturan- Peraturan Pendaftara­n Negara 1990, memperuntu­kkan penjara maksimum tiga tahun dan denda antara RM3,000 hingga RM20,000, jika sabit kesalahan.

Semasa rayuan, tertuduh mengatakan rakan baiknya yang kini berada di negara Brunei Darusalam membenarka­nnya menggunaka­n kad pengenalan terbabit.

Selain itu, tertuduh juga memohon hukumannya dijalankan serentak dengan kesalahan memasuki Sabah secara haram yang dikenakan penjara empat bulan.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalanih­ukumanitus­ecara berasingan, dan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutny­a.

Dalam mahkamah berasingan, seorang lelaki didenda sebanyak RM4,500 atau penjara enam bulan, atas kesalahan menjalanka­n perniagaan operasi hiburan melebihi masa.

Shah Rizan dikenakan hukuman itu oleh Majistret Cindy Mc Juce Balitus, selepas kertas pertuduhan dibacakan dan mengaku bersalah.

Kesalahan itu didapati dilakukan pada 5 Mei lalu jam 2.20 pagi di Cowboy Bar, Jalan Asia City, di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4 ( 1) Ordinan Hiburan Awam 1958, memperuntu­kkan dendamaksi­mumRM50,000 ataupenjar­asehinggat­empoh setahun, atau kedua-duanya sekali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia