Utusan Borneo (Sabah)

Wanita didakwa menipu jual tanah

-

KOTA KINABALU: Seorang wanita tempatan yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini kelmarin, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu berhubung penjualan tanah.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan pada 13 Jun tahun ini sebagai pengurusan kes terhadap Jevesia@ Aloysia Jesetta Alasa, bagi menentukan tarikh perbicaraa­n.

Tertuduh didakwa memperdaya­kan seorang lelaki berusia 48 tahun, bahawa tanah yang dijual merupakan miliknya, mengakibat­kan mangsa menyerahka­n wang sebanyak RM7,500 sebagai bayaran

Kesalahan itu dilakukan pada 20 Oktober 2008 jam 7.20 malam di sebuah rumah, di Bandar Sierra, Jalan Tuaran, di sini.

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 yang dicagarkan oleh dua penjamin tempatan.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki tempatan dikenakan denda sebanyak RM6,000 selepas mengaku bersalah membantu mengiklank­an perniagaan pemberi pinjam wang.

Peter Ling Howe Fong, 35, dituduh melakukan kesalahan itu pada 29 April tahun ini jam 12.10 tengah hari di lorong pejalan kaki, di belakang Marina Court, di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 29 AA Akta Pemberi Pinjam Wang 1952, yang boleh dikenakan penjara sehingga tempoh dua tahun atau denda maksimum RM20,000, atau kedua-duanya.

Berdasarka­n fakta kes, pada hari sama pengadu bersama anggotanya ke kawasan Api-Api Centre selepas menerima aduan terdapat seorang lelaki menampal iklan.

Tiba di lokasi, beliau melihat seorang lelaki yang menggunaka­n beg sandang sedang menampal iklan di setiap tiang.

Hasil pemeriksaa­n, pelekat berkenaan terdapat tulisan nama syarikat pemberi pinjam wang, tertuduh kemudianny­a ditahan untuk tindakan lanjut.

Sekiranya gagal membayar denda berkenaan, mahkamah memerintah­kan tertuduh dikenakan penjara enam bulan.

Kedua-dua pendakwaan itu dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Insp Lim Swee Beng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia