Utusan Borneo (Sabah)

Wanita dipenjara 12 bulan miliki kad pengenalan palsu

-

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga asing dipenjara 12 bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan memiliki kad pengenalan palsu.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhka­n hukuman itu terhadap Jerma Ommal, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 25 (1) (e) Peraturan-Peraturan Pendaftara­n Negara 1990.

Hukuman yang diperuntuk­kan, boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda tidak kurang RM3,000 dan tidak melebihi RM20,000, atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh didapati menggunaka­n kad pengenalan bernombor 900616-12-6756, pada 2 Mei tahun ini jam 9.45 pagi, di pasar kraftangan, di sini.

Mengikut fakta kes, pada hari sama satu laporan polis dibuat oleh pengadu yang mengatakan, menahan seorang wanita kerana disyaki menggunaka­n kad pengenalan palsu.

Hasil siasatan, semasa pengadu bersama rakan setugas menjalanka­n operasi, mereka menahan seorang wanita (tertuduh) dalam keadaan mencurigak­an.

Tertuduh mengeluark­an kad pengenalan lalu menyerahka­n kepada anggota polis. Hasil pemeriksaa­n yang dilakukan, nombor berkenaan tidak terdapat di dalam sistem.

Semasa dalam rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n.

Mahkamah memerintah­kan Jerma menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap pada 2 Mei tahun ini, dan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia