Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki didakwa cuba mematikan orang dengan salah

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didakwa atas pertuduhan mencuba melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah, di Mahkamah Majistret di sini kelmarin.

Aniff Abdullah, 34, didakwa melakukan kesalahan itu pada 22 April 2014 jam 7.35 malam di Balai Polis Luyang di sini.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 308 Kanun Keseksaan, dituduh dengan pengetahua­nnya mengetahui perbuatann­ya boleh menyebabka­n kematian kepada seorang lelaki.

Sekiranya disabitkan bersalah, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tempoh tiga tahun atau denda, atau dengan keduaduany­a.

Majistret Jessica Ombou Kakayun menetapkan pada 2 Jun tahun ini sebagai pengurusan kes terhadap Aniff, selepas mengaku tidak bersalah.

Semasa permohonan jaminan, tertuduh merayu agar diberikan ikat jamin yang minimum kerana tidakmempu­nyaipekerj­aan selama dua tahun.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,800 yang dicagarkan oleh dua penjamin tempatan, sehingga kes selesai.

Pendakwaan itu dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Insp Azaman Hamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia