Utusan Borneo (Sabah)

Sodop Unduk Ngadau pendahulu Pesta Kaamatan Tuaran

-

TUARAN: Sodop Unduk Ngadau (Malam Ratu Cantik) 2016 sempena Pesta Kaamatan peringkat Daerah Tuaran telah diadakan di sebuah hotel di sini baru-baru ini.

Tetamu kehormat pada majlis itu ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor yang juga Adun Sulaman. Beliau diiringi oleh isteri, Datin Seri Juliah Salag.

Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Madius Tangau serta isteri, Datin Seri Dr Jainah Sintian.

Ketibaan mereka telah dialualuka­n oleh Pegawai Daerah AM Ibnu AK Baba selaku pengerusi Jawatankua­sa Induk Perayaan dan Pengerusi Jawatankua­sa Unduk Ngadau Enick Kiron.

Kemuncak pada malam itu ialah pemilihan para pemenang gelaran subsidiari Unduk Ngadau.

Acara pada malam itu menyaksika­n Flora Stepen memenangi dua gelaran iaitu Tati Koubasanan Chanteek Borneo dan Rekabentuk Kreatif Terbaik, manakala gelaran Sumandak Ka’anangan (Ratu Popular) dimenangi oleh Melanie Anis Stephen.

FrecillaGu­kimpulamem­enangi gelaran Sumandak Osu’au (Miss Friendly) sementara Feyrajoyce Stannis dinobatkan sebagai Sumandak Alawa (Miss Natural Beauty).

Sementara itu, Petrus Boyd Pensin telah memenangi hadiah Designer Award.

Unduk Ngadau Tuaran 2015, Isabelle Clarence telah membuat kemunculan pada malam berkenaan.

Pertanding­an akhir Unduk Ngadau Tuaran 2016 akan diadakan di Dewan Tun Hamdan pada 18 Mei semasa Perayaan Tadau Kaamatan Peringkat Daerah.

Adun Kiulu Datuk Joniston Bangkuai, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Tamparuli Datuk Jahid Jahim dan tetamu kehormat Datuk Gerard Goh turut hadir pada malam itu.

 ??  ?? ISABELLE Clarence (tengah) diapit oleh Flora Stepen dan Feyrajoyce.
ISABELLE Clarence (tengah) diapit oleh Flora Stepen dan Feyrajoyce.
 ??  ?? ENICK menyampaik­an bunga kepada Juliah.
ENICK menyampaik­an bunga kepada Juliah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia