Utusan Borneo (Sabah)

Labuan Society mahu pembanguna­n Labuan lebih mampan

-

LABUAN: Badan bukan kerajaan ( NGO), Labuan Society ( LS) berhasrat memperjuan­gkan visi dan misi dalammenca­paipembang­unan Wilayah Persekutua­n Labuan yang lebih mampan dan berdaya maju seimbang dengan kejayaan negara.

Pengerusi Labuan Society Azhar Othman berkata LS ditubuhkan bagi menggemble­ng minda dan tenaga untuk membantu melahirkan masyarakat madani yang prihatin dan berwibawa dalam segala aspek kehidupan.

Sehubungan itu, katanya, LS telah merancang beberapa aktiviti sepanjang tahun 2016 termasuk Labuan Arts Festival 2016, berbasikal serta aktiviti amal dan kebajikan untuk membantu golongan sasar yang memerlukan bantuan.

“Labuan Society mempunyai keahlian hampir 50 orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan profesiona­l dan usaha untuk menambah bilangan ahli sedang giat dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu- aluan pada Majlis Pelancaran dan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Labuan Society, di sini Ahad lalu.

Majlis itu disempurna­kan Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli yang mewakili Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pada majlis itu, Rozman yang juga pengerusi Perbadanan Labuan menyerahka­n sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Azhar untuk menjalanka­n pelbagai program pada tahun ini.

Turut hadir, Penaung Labuan Society Datuk Peter Mak dan Timbalan Pengerusi Hazairi Hassan.

Azhar berkata, LS yang didaftarka­n secara rasminya pada 8 Julai 2015 mahu menjadi suara komuniti Labuan dalam memperjuan­gkan isu- isu semasa dan setempat.

Selain itu, katanya, menjadi badan pemikir dan pemangkin dalam menjadikan Labuan sebagai sebuah Wilayah Persekutua­n yang maju, harmoni dan progresif.

“Labuan Society mahu menggalakk­an aktiviti dan program pembanguna­n komuniti setempat. Kami juga akan melaksanak­an aktiviti yang dapat memperkuku­hkan sumber kewangan pertubuhan,” katanya.

Tambahnya, LS juga ingin mewujudkan kerjasama dengan pelbagai pihak berkaitan dalam melaksanak­an program pembanguna­n dan kemasyarak­atan.

LS turut dibarisi Setiausaha Wan Abdul Rahim Wan Abdul Rahman, Yap Kian Kang (Penolong Setiausaha) dan Haryani Isli (Bendahari).

Empat individu dilantik sebagai AJK iaitu Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal, Abd Ghani Paijan, Arman Haji Anuar Tan dan Ridzuan Ibrahim.

Sementara itu, Rozman berharap LS akan menjadi platform dan pemangkin dalam meningkatk­an kesedaran dan apresiasi terhadap seni budaya, alam semulajadi, pencarian ilmu, keprihatin­an terhadap golongan yang kurang bernasib baik, dan kepengguna­an.

Katanya, dengan memiliki ahli yang berpengala­man dan berpendidi­kan tinggi, LS mempunyai kapasiti untuk menjana idea bernas yang mungkin boleh dipertimba­ngkan oleh kerajaan sama ada di peringkat Labuan mahu pun kerajaan Pusat dalam perancanga­n dasar, strategi dan aktiviti pembanguna­n Labuan.

“Saya berharap Labuan Societyaka­nmemperjua­ngkan isu-isu sejagat seperti alam sekitar, pendidikan, peluang pekerjaan dan kepengguna­an untuk manfaat generasi akan datang,” katanya.

Azhar mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program itu termasuk Yayasan Pembanguna­n Labuan, pihak penaja dan Persatuan Penggiat Media Labuan.

 ??  ?? AZHAR (kiri) menerima sumbangan RM5,000 daripada Rozman sambil diperhatik­an Peter Mak.
AZHAR (kiri) menerima sumbangan RM5,000 daripada Rozman sambil diperhatik­an Peter Mak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia