Utusan Borneo (Sabah)

Kesabaran kaedah terbaik hadapi kehidupan: Komsas

-

KOTA MARUDU: Kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi pelbagai liku kehidupan merupakan kaedah terbaik bagi seseorang insan atau pelajar yang ingin mencapai kecemerlan­gan hidup.

Setiausaha Kehormat Pertubuhan Kebajikan Komuniti dan Sosial Sabah (Komsas) Edmundo Apines berkata kejadian kebakaran bangunan Asrama Perempuan SMK Tandek baru baru ini adalah satu cabaran kepada warga institusi khususnya kepada para pelajar agar tidak lemah semangat tetapi menghayati makna kaedah terbaik itu.

Katanya, sesuatu masalah yang dihadapi oleh pelajar, bukan menjadi penghalang kepada mereka untuk merealisas­ikan cita-cita sebagai pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa hadapan.

“Oleh itu, pelajar perlu meneruskan semangat belajar kerana mereka adalah harapan keluarga dan juga bakal menjadi peneraju kepimpinan negara di masa hadapan,” katanya.

Edmundo yang mengetuai rombongan persatuan itu berkata demikian kelmarin selepas menyampaik­an beberapa kotak pakaian kepada para pelajar perempuan yang terlibat dalam kebakaran Asrama Perempuan SMK Tandek.

Kedatangan rombongan itu disambut oleh para pelajar yang diketuai oleh Cikgu Herdy Bailun. Turut hadir, Bendahari Kehormat Komsas Rosemary Tingkui serta Ketua Protokol dan Perhubunga­n Hal Ehwal Antarabang­sa Jeffrey Edward.

Menurut Herdy, Asrama Perempuan SMK Tandek itu terbakar pada 28 April lalu pada jam 9.22 pagi di tingkat dua dan dipercayai berpunca daripada litar pintas. Semasa kejadian semua pelajar berada di kelas.

Difahamkan, antara harta asrama yang musnah dalam kebakaran itu adalah katil, almari, tilam, kerusi, meja dan lain- lain perabot dengan kerugian dianggarka­n lebih kurang RM86,000.

 ??  ?? EDMUNDO (dua dari kiri), Jeffrey (kiri) dan Rosemary (kanan) menyampaik­an bantuan pakaian kepada pelajar SMK Tandek diwakili Hardy (tiga dari kiri).
EDMUNDO (dua dari kiri), Jeffrey (kiri) dan Rosemary (kanan) menyampaik­an bantuan pakaian kepada pelajar SMK Tandek diwakili Hardy (tiga dari kiri).
 ??  ?? BEGINILAH keadaan bangunan Asrama Perempuan SMK Tandek yang musnah dalam kebakaran baru-baru ini.
BEGINILAH keadaan bangunan Asrama Perempuan SMK Tandek yang musnah dalam kebakaran baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia