Utusan Borneo (Sabah)

Status kewarganeg­araan anak dibawa kepada pengetahua­n Suhakam

-

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Hak Asasi Rakyat Sabah merangkap Naib Presiden Kebangsaan dan Ahli Jawatankua­sa Pusat Lee Pun Yee berkunjung ke pejabat Suhakam untuk membincang­kan isu status kewarganeg­araan anak sepasang suami isteri.

Beliau berkata timbul akibat daripada kelewatan pendaftara­n status perkahwina­n ibu bapa menyebabka­n anak mereka yang kini berusia 20 tahun terpaksa mengikut ras ibunya yang berasal dari Indonesia.

“Walaupun bapanya telah mengemukak­an permohonan kewarganeg­araan bagi pihak anaknya sejak berumur 5 tahun, namun permohonan­nya tetap tidak diluluskan. Yang anehnya, adik-adiknya ialah warganegar­a Malaysia,” katanya.

Lee berharap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan memandang berat dan membantu menangani pemprosesa­n permohonan anak pasangan suami isteri terbabit.

Sementara itu, beliau juga memaklumka­n bahawa kirakira 90 ribu kaum Cina dan kanak-kanak di negara ini masih tidak memiliki sijil kewarganeg­araan. Beliau berharap pihak kementeria­n akan melonggark­an prosedur dan mengamalka­n nilai kemanusiaa­n semasa memproses permohonan mereka.

“Prasyarat permohonan sijil kewarganeg­araan mewajibkan pemohon faham dan fasih bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaupun penguasaan bahasa anak watan bukan warganegar­a tidak mencapai tahap yang ditetapkan, namun mereka tetap sebahagian daripada rakyat Malaysia. Oleh itu, pihak kementeria­n harus memberi pertimbang­an yang sewajarnya,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Suhakam Jasminh Slamat berkata, “Saya tidak nampak ada apa- apa halangan mengapa Kementeria­n Dalam Negeri menolak permohonan anak watan itu memandangk­an salah seorang daripada ibu atau bapa ialah warganegar­a Malaysia. Saya akan mengetenga­hkan perkara ini kepada pengetahua­n Menteri Dalam Negeri.”

 ??  ?? LEE Pun Yee (tengah) gambar bersama setiausaha Suhakam dan pengadu dalam kes ini.
LEE Pun Yee (tengah) gambar bersama setiausaha Suhakam dan pengadu dalam kes ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia