Utusan Borneo (Sabah)

Jenayah di Tawau meningkat 35 peratus

Operasi terancang perlu dilaksana untuk banteras jenayah

-

TAWAU: Kadar jenayah di daerah ini meningkat sebanyak 35 peratus iaitu 372 kes sejak Januari sehingga Mei tahun ini, berbanding 269 kes bagi tempoh sama tahun lepas, kata Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus. Sehubungan itu, beliau berkata operasi terancang perlu digiatkan untuk memastikan usaha membantera­s jenayah dapat dilakukan secara menyeluruh agar keberhasil­an yang lebih baik dapat dicapai.

“Bagi menyokong ke arah keberhasil­an ini, kita akan terus merancang dan melaksanak­an operasi secara agresif dengan program pencegahan akan digerakkan secara lebih holistik di kawasan kekerapan jenayah,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di sini, kelmarin.

Fadil mengingatk­an pegawai dan anggota IPD Tawau agar tidak leka sehingga memberi peluang berlakunya jenayah serta sentiasa memastikan tahap keselamata­n daerah berada pada tahap maksimum.

Pada majlis itu, 11 anggota IPD Tawau dinaikkan pangkat kepada sarjan dan lapan anggota turut menerima sijil penghargaa­n. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia