Utusan Borneo (Sabah)

Empat ditahan berhubung penemuan bom di Damansara Perdana

-

SHAH ALAM: Polis menahan empat individu, dua daripadany­a wanita, dalam serbuan di Ampang dekat sini Sabtu lepas, disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan bom di Damansara Perdana.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata empat suspek yang berumur lingkungan 31 hingga 40 tahun itu ditahan di sebuah pangsapuri kira- kira pukul 1.00 pagi.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah kereta jenis BMW yang menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu serta beberapa peralatan pecah rumah termasuk tracker dan gps mobile,” katanya dalam satu sidang media di sini, kelmarin.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkina­n kumpulan itu menggunaka­n bom untuk melakukan kegiatan jenayah termasuk pecah rumah dan pinjaman wang haram.

“Bagaimanap­un kita masih menyiasat sejauh mana mereka menggunaka­n bom buatan sendiri ini dalam kegiatan jenayah mereka.

“Kesemua suspek kini direman sehingga esok untuk disiasat di bawah Akta Bahan Letupan 1957,” katanya.

Dalam kejadian 17 April lepas, lebih200pe­ndudukkond­ominium di Damansara Perdana gempar apabila dimaklumka­n penemuan tujuh bom tangan dalam sebuah unit kediaman itu kira-kira 4.30 pagi.

Selain bom, polis turut menemui alatan elektronik, dadah yang disyaki syabu seberat dua kilogram dan sejumlah pil Eramin 5.

Dalam kes berasingan, Mohd Adnan berkata seorang wanita berusia 26 tahun menjadi mangsa rogol dan samun apabila rumahnya dimasuki sekumpulan lima lelaki pada 8.00 pagi di Jalan Gasing, Petaling Jaya dekat sini, Jumaat lepas.

Beliau berkata ketika kejadian mangsa sedang bersiap untuk keluar bekerja sebelum didatangi kumpulan itu yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

“Tiga daripada suspek yang bersenjata­kan parang dan memakai topeng kemudian masuk ke rumah mangsa yang tidak berkunci sebelum seorang daripada suspek menarik mangsa ke dalam bilik dan merogolnya manakala dua suspek bertindak mengambil barang berharga (di rumahnya).

“Kita masih mengesan suspek yang terlibat dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 394 dan 376 Kanun Keseksaan,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia