Utusan Borneo (Sabah)

Kajian kebolehlak­sanaan Projek Terowong Bawah Laut dijangka siap Julai ini

-

GEORGE TOWN: Laporan kajian kebolehlak­sanaan Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang, yang menghubung­kan Persiaran Drive di bahagian pulau dan Bagan Ajam di tanah besar, dijangka siap Julai ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkut­an negeri Lim Hock Seng berkata setakat ini, semua kajian termasuk kajian hydrolik dan geologikal oleh kontraktor projek telah 83 peratus siap.

“Selepas siap dengan laporan kajian kebolehlak­sanaan, pihak Consortium ZenithBUCG Sdn Bhd akan mula dengan reka bentuk terperinci projek terowong yang akan dibina sekurang-kurang 20 meter di bawah dasar laut,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Beliau berkata semua kerjakerja projek itu termasuk tiga jalan utama berjalan mengikut jadual.

Lim berkata terowong sepanjang 7.2 kilometer yang mempunyai empat lorong itu dijangka siap mengikut jadual iaitu 2025.

Lim juga menerangka­n bahawa projek terowong termasuk tiga jalan utama yang bernilai RM6.341 bilion itu, telah disalah tafsir oleh Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata nilai RM305 juta adalah bagi kajian kebolehlak­sanaan, reka bentuk terperinci dan kajian impak alam sekitar.

“Kos untuk kajian kebolehlak­sanaan bagi tiga projek jalan-jalan utama adalah RM31.269 juta manakala kos kajian kebolehlak­sanaan bagi projek terowong ialah RM20 juta, menjadikan jumlah kajian kebolehlak­sanaan RM51.269 juta iaitu 0.93 peratus daripada kos pembinaan,” katanya.

Lim yang menjawab persoalan Abdul Rahman juga berkata jumlah RM135 juta yang dibayar kepada sebuah syarikat swasta merupakan bayaran kemajuan kajian dan reka bentuk terperinci yang dijalankan.

Jumaat lepas, Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan meminta kerajaan DAPPulauPi­nangmenjel­askan kenapa jumlah kos bagi laporan kajian kebolehlak­sanaan Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang mencapai hingga RM305 juta. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia