Utusan Borneo (Sabah)

FPEP bina landasan mobiliti pelajar ke luar negara

-

KOTAKINABA­LU:Persatuan Mahasiswa Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (PMPEP) mengadakan lawatan sambil belajar di Hong Kong, baru-baru ini.

Bertemakan ‘ Discover Fragrant Harbour Educationa­l Tour Programme’, lawatan itu melibatkan 13 mahasiswa Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan ( FPEP) bersama Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Pascasiswa­zah FPEP Dr Arif @Kamisan Pusiran dan dua kakitangan pentadbira­n FPEP.

Antara program yang dijalankan sepanjang lawatan lima hari itu ialah perjumpaan dan perbincang­an bersama Persatuan Mahasiswa The University of Hong Kong ( HKU), serta mengadakan kunjungan ke Hong Kong Polytechni­c University.

Kesempatan berada di bumi Mutiara Timur itu turut digunakan sepenuhnya para mahasiswa menimba pelbagai pengalaman baharu dengan melawat Muzium Sains dan Golden Bauhinia Square, iaitu sebuah tempat bersejarah yang menjadi lokasi penyerahan semula Hong Kong daripada pihak British ke pentadbira­n China pada tahun 1997.

Selain itu, rombongan PMPEP juga mengunjung­i Ocean Park yang merupakan salah satu tarikan utama pelanconga­n di Hong Kong selain melawat pasar-pasar yang menjual pelbagai cenderamat­a menarik.

Menyentuh lawatan itu, Dekan FPEP Prof Dr Rasid Mail berpendapa­t pengalaman berada di luar negara ini dapat mematangka­n lagi minda para pelajar mengenai kemajuan global yang begitu pesat berlaku di serata dunia.

“Di samping itu, lawatan ini juga boleh membina landasan mewujudkan satu jaringan antara universiti tempatan khususnya UMS dengan universiti antarabang­sa untuk program mobiliti pelajar di peringkat antarabang­sa pada masa akan datang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia