Utusan Borneo (Sabah)

Ibu, anak perempuan maut, van langgar lori rosak

-

BINTANGOR: Seorang ibu dan anak perempuann­ya maut apabila van yang dinaiki bersama tiga lagi anggota keluarga melanggar belakang sebuah lori rosak di Kilometer 17 Jalan Bintagor-Sibu, berhampira­n Jalan Tulai dekat sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bintangor DSP Mohamad Hafipi Mohd Salim berkata dalam kejadian pada 10.05 malam itu, keluarga berkenaan sedang dalam perjalanan dari bandar Sibu ke pekan Bintangor.

Menurut Mohamad Hafipi, Ngu Heng Lang, 59, yang duduk di tempat duduk penumpang belakang dan anak perempunny­a Ting Li Cheng, 17, maut di tempat kejadian.

Seorang anggota keluarga mereka iaitu Ting Yang Yang, 14, hanya cedera ringan manakala pemandu Ting Li Seng, 22, dan penumpang belakang van berkenaan, Ting Sung Thing, 49, tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pemandu van dipercayai hilang kawalan dan terlanggar bahagian belakang lori di bahu jalan,” katanya kepada Bernama di sini, kelmarin.

Menurut Mohamad Hafipi, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sarikei untuk bedah siasat dan waris mangsa juga dimaklumka­n mengenai kemalangan itu.

Katanya, jalan di lokasi kejadian adalah lurus tetapi gelap.

Polis akan mengesan pemilik lori itu untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987, katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia