Utusan Borneo (Sabah)

70 tahun Umno: Cabaran ditangani secara positif

-

KUALA LUMPUR: UMNO yang menyambut ulang tahun ke- 70 penubuhann­ya pada 11 Mei ini, masih berdiri teguh sehingga kini walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.

Cabaran demi cabaran yang dihadapi parti tersebut ditangani secara positif, sekali gus mematangka­n parti keramat orang Melayu itu untuk meneruskan kelangsung­annya sejak ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Pergolakan dalam UMNO antara Team A dan Team B melibatkan Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1987 dan pengharama­n UMNO pada 1988, adalah antara kisah yang masih kekal dalam ingatan banyak pihak.

Pensyarah Kanan Hal-Ehwal Politik dan Antarabang­sa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut tidak terlepas berdepan cabaran dalaman parti.

Ini termasuk ‘ serangan’ daripada Dr Mahathir yang telah keluar parti dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah digantung jawatan sebagai timbalan presiden parti.

“Saya harap pada usia UMNO 70 tahun ini, tidak lagi berlaku penentanga­n yang membolehka­n UMNO rosak dan rakyat seolah-olah melihat ia satu parti yang tidak berjasa,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata landskap politik pada masa kini sudah jauh berbeza dan seharusnya ditangani dengan lebih rasional.

Bagaimanap­un, Md Shukri memuji kepimpinan Najib yang disifatkan­nya sebagai pemimpin berkarisma, matang dan sabar dalam menempuh ujian politik dan pentadbira­n.

“Dulu, walaupun ada pertembung­an antara Ku Li dan Dr Mahathir, parti masih boleh menguasai Parlimen dan UMNO tetap mentadbir dan memerintah,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia