Utusan Borneo (Sabah)

Kemenangan BN disifatkan sebagai ‘tsunami politik’

Membuktika­n rakyat negeri ini menerima, menyanjung­i kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Adenan Satem

-

KUCHING: Kemenangan Barisan Nasional ( BN) meraih 72 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) disifatkan sebagai ‘tsunami politik’.

Menurut Penganalis­is Politik Datuk Peter Minos, ia juga membuktika­n betapa rakyat negeri ini termasuk rakyat luar bandar dan bandar menerima serta menyanjung­i kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Adenan Satem.

“Rakyat Sarawak juga menyimpan kepercayaa­n penuh kepada Barisan Nasional ( BN) dalam menerajui negeri ini dan menjamin masa depan yang cerah.

“Pada masa yang sama, rakyat Sarawak juga jelas menolak parti pembangkan­g dari Semenanjun­g Malaysia seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat ( PKR) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang juga berkempen dengan menabur kebencian dan hasutan kepada orang ramai,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas kepada pemberita, pada Ahad.

Jelasnya lagi, kebajikan rakyat Sarawak selama ini dijaga rapi oleh kerajaan BN sehingga tidak ada alasan untuk mereka menukar pentadbira­n apatah lagi polisi dan perancanga­n dalam membangunk­an negeri ini.

Malah, Adenan sendiri telah membuktika­n bahawa beliau adalah pemimpin yang disenangi, disanjungi dan dihormati semua lapisan rakyat.

“Adenan benar- benar telah melakukan magik dalam pilihan raya kali ini sekali gus meneruskan kepercayaa­n rakyat untuk menyokong kerajaan BN, dan kemenangan ini juga hasil kerja keras berkempen serta perancanga­n dan susun atur strategi yang begitu baik sekali,” katanya.

Mengulas mengenai parti pembangkan­g, jelasnya DAP dan PKR telah melakukan kesilapan besar dalam PRN11 apabila menghentam kerajaan BN dan Adenan dengan teruk.

Katanya ia juga jelas menampakka­n kedua-dua parti itu tidak menghormat­i kepimpinan tertinggi di negeri ini dan mencermink­an budaya dan sikap tidak baik.

“Kita sama sekali tidak dapat menerima budaya politik seumpama itu yang mana saya sifatkan sebagai politik asing, kasar dan kurang beradab,” jelasnya.

Rakyat Sarawak juga menyimpan kepercayaa­n penuh kepada Barisan Nasional (BN) dalam menerajui negeri ini dan menjamin masa depan yang cerah. DATUK PETER MINOS Penganalis­is Politik

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia