Utusan Borneo (Sabah)

Pembanguna­n infrastruk­tur, modal insan menjadi fokus utama Awla

-

KUCHING: Pembanguna­n infrastruk­tur dan modal insan menjadi fokus utama Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun) Simunjan Awla Dris.

Katanyaini­bagimemast­ikan penduduk di Simunjan dapat hidup dengan lebih selesa dan terus maju seiringan dengan kawasan lain.

“Dengan mandat diberikan oleh penduduk di Simunjan, saya akan berusaha sebaik mungkin memastikan apa yang dirancang dapat dilaksanak­an,” katanya ketika ditemui selepas memenangi kerusi DUN Simunjan pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) Sabtu malam.

Awla merakamkan penghargaa­n kepada semua pengundi di Simunjan kerana memberi mandat kepada beliau pada PRN11 ini.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang memberi kepercayaa­n kepadanya untuk menjadi wakil BN pada PRN kali ini.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri atas kepercayaa­n diberikan kepada saya.

“Kepada warga Simunjan, saya berjanji akan berkhidmat sebaik mungkin membawa pembanguna­n dan perubahan di daerah ini agar penduduk dapat terus hidup dengan selesa,” katanya.

Awla memenangi kerusi DUN Simunjan selepas meraih 4,101 undi, mengatasi calon PKR Jamilah Baharuddin yang mendapat 1,389 undi dan calon Bebas Hipni Kanaini (275 undi) dengan majoriti 2,712 undi.

 ??  ?? MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri (lima kiri) berjabat tangan dengan Awla (tiga kiri) selepas beliau diumumkan pemenang DUN Simunjan, Sabtu malam.
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri (lima kiri) berjabat tangan dengan Awla (tiga kiri) selepas beliau diumumkan pemenang DUN Simunjan, Sabtu malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia