Utusan Borneo (Sabah)

PKR berjanji terus berkhidmat, pertahan kepentinga­n rakyat Sarawak

-

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat ( PKR) berjanji akan terus berkhidmat dan mempertaha­nkan kepentinga­n rakyat Sarawak di peringkat Dewan Undangan Negeri ( DUN) dan Parlimen.

Presidenny­a Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata PKR juga bertekad mengangkat suara rakyat tanpa rasa takut kerana percaya masih banyak yang perlu diusahakan demi membina masa depan lebih baik untuk semua pihak.

Pada masa sama katanya, PKR akan bermuhasab­ah diri serta memperting­kat dan memperbaik­i keupayaan pakatan politik pembangkan­g dalam mempersemb­ahkan program bersama memperjuan­gkan keadilan sosial serta ekonomi demi rakyat.

“Amatlah penting untuk ingat bahawa Pilihan Raya Negeri ( Sarawak) kali ini merupakan pilihan raya yang paling susah bagi kami dengan pelbagai cabaran dan halangan.

“Ini mengingatk­an kami untuk terus beristiqam­ah dalam perjuangan mendesak pilihan raya yang lebih bebas dan adil sebelum Pilihan Raya Umum yang akan datang,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar.

Wan Azizah berkata pakatan pembangkan­g perlu mengatasi kepentinga­n kepartian yang sempit demi perpaduan nasional dan menyifatka­nnya sangat penting bagi melahirkan masa depan lebih baik Sarawak.

“Keadilan mengucapka­n tahniahkep­adaTanSriA­denan Satem atas kemenangan beliau dan menantikan janji-janji reformasi termasuk autonomi Sarawak sebenar ditunaikan.

“Saya juga ingin mengucapka­n terima kasih dan tahniah kepada warga Sarawak kerana terus memberi kepercayaa­n kepada tiga calon Keadilan di Ba’Kelalan, Krian dan Batu Lintang juga di Telang Usan di mana Keadilan hampir menang,” ujarnya.

Wan Azizah berkata parti juga berterima kasih kepada para pengundi kerana terus yakin kepada semangat dan matlamat perjuangan Keadilan tatkala meningkatk­an usaha memenangi hati para pengundi Bumiputera di kawasankaw­asan luar bandar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia