Utusan Borneo (Sabah)

Mayat mangsa perahu panjang karam ditemui

-

SIBU:Mayat lelaki yang dikhuatiri lemas selepas perahu panjang dinaikinya karam di Sungai Stapang, Nanga Gaat, Sungai Baleh, Kapit pada 6 Mei lalu berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat pagi Ahad.

Pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada pasukan polis diketuai ketua Balai Polis Kapit, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kapit dan penduduk kampung menemui mayat mangsa lebih kurang tiga kilometer dari tempat kejadian.

Mangsa merupakan seorang tuai rumah dikenali Kupa Manggom, 43, dilaporkan menaiki sebuah perahu bersama tiga penumpang lain sebelum karam di Sungai Stapang, Nanga Gaat, Sungai Baleh, Kapit.

Tiga penumpang perahu berjaya menyelamat­kan diri selepas perahu dinaiki mereka dipercayai dipukul ombak ketika berselisih dengan sebuah bot ekspres dalam kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 1.30 petang Jumaat lalu.

Ketika kejadian, perahu penjang tersebut dipercayai sedang menuju ke Sungai Stapang dari Kapit.

Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian ketika dihubungi mengesahka­n penemuan mayat mangsa.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kapit dan sampai jam 11 pagi semalam untuk bedah siasat,” katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia