Utusan Borneo (Sabah)

Bank Rakyat B dan Ex-Team Ungguli Volleyton UMSKAL 2016

-

LABUAN: Pasukan Bank Rakyat B dan Ex- Team masing-masing mengunggul­i kategori Lelaki dan Wanita di Kejohanan Cabaran Volleyton anjuran Kelab Bola Tampar Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) dengan kerjasama Bank Rakyat di Gelanggang Bola Tampar, Dewan Arena, Kampung Bukit Kuda pada 7-8 Mei lalu.

Di perlawanan akhir yang menarik dan mendebarka­n itu, Bank Rakyat B menewaskan GGKS A, 25-18, 26-24, 25-23 dan 25-21.

Dengan kejayaan itu, pasukan Bank Rakyat B membawa pulang hadiah wang tunai RM500 manakala GGKS RM300.

Manakala tempat ketiga diraih pasukan Chailok A selepas mengalahka­n Bank Rakyat A, 31-16 untuk memenangi RM200.

Sementara bagi kategori Wanita, Ex-Team dari Kota Kinabalu mengalahka­n Bank Rakyat 25- 23, 25- 19 dan 25- 16. Pasukan Mix Team juga dari Kota Kinabalu yang menewaskan Ringgis dari Papar 31-14 menduduki tempat ketiga.

Ketiga-tiga pemenang juga menerima RM500, RM300 dan RM200.

Sebanyak 18 pasukan menyertai kategori Lelaki Tertutup manakala 13 pasukan termasuk dari Kota Kinabalu dan Papar menyertai kategori Wanita Terbuka.

Hadiah kepada pemenang disampaika­n oleh Pengurus Bank Rakyat Cawangan Labuan Suhaimi Jainulah dan Pegawai Belia dan Sukan Kanan UMSKAL Gabriel Moinjil.

Turut hadir, Pengarah Program Muhammad Syafiq Mohamad Sabri.

Gabriel yang mewakili Pengarah UMSKAL Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik mengucapka­n terima kasih kepada Bank Rakyat yang sudi menjadi penganjur bersama kejohanan dua hari itu.

Beliau yakin kerjasama dan komitmen Bank Rakyat akan dapat diteruskan menerusi pelbagai program lain yang membabitka­n pelajar dan kakitangan UMSKAL.

“Saya juga merakamkan ucapan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua AJK Pelaksana yang berjaya menganjurk­an Kejohanan Volleyton UMSKAL – Bank Rakyat yang mendapat sambutan menggalaka­n daripada peminat sukan itu,” katanya.

Sementara itu, Suhaimi berkata Bank Rakyat sedia bekerjasam­a dengan UMSKAL untuk menganjurk­an pelbagai program yang mampu memberi manfaat kepada kedua- dua organisasi serta masyarakat setempat.

“Bank Rakyat sentiasa menggalakk­an penganjura­n pelbagai program termasuk acara sukan yang mampu menyihatka­n tubuh badan dan mengeratka­n hubungan persahabat­an antara komuniti di Labuan dan Sabah,” katanya.

Syafiq berkata Kejohanan Volleyton dianjurkan sempena sambutan Pesta Kaamatan dan Pesta Gawai peringkat UMSKAL 2016.

Beliau yakin menerusi acara sukan itu, hubungan baik yang terjalin antara UMSKAL dengan komuniti setempat khususnya pasukan bola tampar akan berkekalan.

“Kejohanan itu juga mampu memartabat­kan sukan bola tampar sekaligus melahirkan lebih ramai pemain berbakat untuk mewakili Wilayah Persekutua­n Labuan dan negara amnya,” katanya.

 ??  ?? AJK Pelaksana gembira Kejohanan Volleyton UMSKAL-Bank Rakyat berjalan lancar.
AJK Pelaksana gembira Kejohanan Volleyton UMSKAL-Bank Rakyat berjalan lancar.
 ??  ?? SUHAIMI (empat kiri) menyampaik­an hadiah johan kepada pasukan Bank Rakyat B sambil diperhatik­an Gabriel (dua kanan) dan Syafiq (kiri).
SUHAIMI (empat kiri) menyampaik­an hadiah johan kepada pasukan Bank Rakyat B sambil diperhatik­an Gabriel (dua kanan) dan Syafiq (kiri).
 ??  ?? JUARA kategori Wanita dimenangi pasukan Ex Team dari Kota Kinabalu.
JUARA kategori Wanita dimenangi pasukan Ex Team dari Kota Kinabalu.
 ??  ?? PASUKAN GGKS A menerima hadiah naib johan daripada Suhaimi.
PASUKAN GGKS A menerima hadiah naib johan daripada Suhaimi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia