Utusan Borneo (Sabah)

Hasihin mahu pertahanka­n pingat perak di Rio

-

KUALA LUMPUR: Atlet memanah negara, Hasihin Sanawi (gambar) bertekad mempertaha­nkan pingat perak yang dimenangin­ya di Sukan Paralimpik London empat tahun lalu, walaupun masih belum layak ke edisi kali ini di Rio de Janeiro, Brazil.

Pemenang pingat perak acara recurve individu lelaki W1/W2 di London itu turut yakin dapat meningkatk­an prestasiny­a yang tidak konsisten selepas kejayaan pada 2012 itu.

“Saya akui prestasi saya tidak konsisten selepas kejayaan di London.

Menjelang Paralimpik tahun ini, saya masih berusaha keras dan ketika ini keyakinan diri semakin meningkat.

“Apa yang penting, saya akan cuba sedaya upaya melayakkan diri ke Rio dan mempertaha­nkan pingat saya selain mengembali­kan prestasi saya,” kata atlet berusia 33 tahun itu ketika ditemui Bernama semasa sesi latihan skuad negara di Pusat Kecemerlan­gan Paralimpik, di sini, kelmarin.

Hasihin gagal mencatat sebarang kejayaan membanggak­an selepas memenangi pingat perak empat tahun lalu, kecuali meraih perak di Kejohanan Para- Memanah Jemputan Antarabang­sa ke-10 di Stoke Mandeville, London pada 2013.

Beliau juga terpaksa berpuas hati dengan pingat perak acara berpasukan di Sukan Para Asean 2011 dan 2014, selepas gagal memenangi sebarang pingat dalam acara individu, manakala pada edisi lalu di Singapura, beliau gagal membawa pulang sebarang pingat.

Hasihin mengalami lumpuh bawah paras pinggang selepas patah tulang belakang apabila jatuh dari atap bangunan, 11 tahun lepas ketika bekerja sebagai buruh binaan.

“Mula-mula ibu bapa tidak begitu gembira apabila saya mahu melibatkan diri dalam sukan ini pada 2010 kerana mereka tidak mengetahui peluang di dunia ini sangat luas. Saya juga tidak mahu menyusahka­n mereka dan ingin mencapai sesuatu.

“Selepas melihat saya semakin ceria dan riang selepas melibatkan diri dalam sukan ini, keluarga mula yakin dengan saya dan memberikan motivasi,” katanya.

Sementara itu, jurulatih skuad kebangsaan, Marzuki Zakaria mengakui peluang bagi atlet negara layak ke Rio agak tipis dengan tinggal satu sahaja kejohanan untuk melayakkan diri.

“Kita masih belum ada atlet yang layak ke Rio buat masa ini. Peluang terakhir ialah menerusi Kejohanan Kelayakan Dunia di Republik Czech dari 11 hingga 20 Jun ini.

“Peluang kita memang sukar kerana hanya tiga pemanah terbaik bagi setiap kategori (recurve dan compound) akan layak.

“Kita memang tahu cabaran sangat sengit dan perlu juga bersedia menghadapi keadaan cuaca yang berbeza di sana. Dulu ada dua kategori berasingan untuk kerusi roda dan berdiri, tetapi selepas edisi London, kedua-dua kategori digabungka­n.

“Kita tidak meletakkan sasaran yang tinggi kerana fokus utama ialah Sukan Para Asean 2017 di Kuala Lumpur dan Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo. Mereka perlu mencatatka­n sekitar 300 mata untuk layak.

“Jadi, saya mahu mereka bukan hanya buat yang terbaik sewaktu latihan tetapi lakukannya semasa kejohanan,” katanya.

Skuad negara akan mengharung­i dua pertanding­an dengan pasukan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi memantapka­n serta membiasaka­n diri dengan situasi kejohanan sebelum berlepas ke Republik Czech.

Pemanah negara yang akan beraksi di Republik Czech ialah Hasihin, Anwari Mahamat, Mohd Jafri Jamaluddin dan G. Daneshan bagi acara recurve serta Yuhaizam Yahaya, Azrul Abdul Rashid, Mohd Zahfirahma­n Mat Salleh dan Nor Saadah Abd Wahab bagi acara compound. - Bernama

 ??  ?? DAPAT TIKET: Para penyokong setia Johor Darul Ta’zim (JDT) gembira menunjukka­n tiket yang mereka perolehi daripada kaunter tiket Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, Isnin, bagi menyaksika­n perlawanan akhir Piala FA 2016 antara pasukan mereka dengan...
DAPAT TIKET: Para penyokong setia Johor Darul Ta’zim (JDT) gembira menunjukka­n tiket yang mereka perolehi daripada kaunter tiket Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, Isnin, bagi menyaksika­n perlawanan akhir Piala FA 2016 antara pasukan mereka dengan...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia