Utusan Borneo (Sabah)

1,300 peserta jayakan Larian Amal ‘Gift of Hope’

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Kirakira 1,300 peserta telah menjayakan Larian Amal ` Gift of Hope’ 2016 di Kompleks Sukan Penampang pada Ahad.

Program bertujuan untuk memupuk masyarakat untuk mengamalka­n gaya hidup sihat sambil beramal itu telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Penampang; Luvita Koisun.

Acara yang diinisiati­fkan oleh Juaraxis Sdn Bhd dengan kerjasama MS Sports & Event Management dalam menganjurk­an acara itu nyata berjaya membawa impak yang positif dalam usaha memupuk budaya hidup sihat dan mengajak masyarakat untuk tampil beramai-ramai membantu golongan yang memerlukan.

Pada edisi pertama kali ini, sumbangan yang berjaya dikumpulka­n melalui acara itu telah disumbangk­an kepada Pertubuhan Bagi Orang-orang Buta Sabah dan Persatuan Bagi Orang-orang pekak Sabah.

Keprihatin­an masyarakat membolehka­n pihak penganjur berjaya mengumpul sumbangan dengan jumlah keseluruha­n bernilai RM40,000 untuk membolehka­n kedua- dua badan kebajikan itu masingmasi­ngmenerima­sumbangan sebanyak RM20,000.

Menurut pihak penganjur, program itu mendapat sambutan yang menggalakk­an daripada masyarakat setempat.

“Walaupun pendaftara­n penyertaan telah ditutup, masihramai­yangmenyat­akan hasrat untuk mengambil bahagian,” kata penyelaras program Macson Enrico.

“Kami mengucapka­n ribuan terima kasih kepada seluruh lapisan masyarakat kerana menyokong usaha yang dijalankan ini dan berharap jumlah penyertaan akan terus meningkat di masa-masa hadapan untuk membolehka­n lebih banyak badan kebajikan dan amal menerima manfaat menerusi program ini.

“Pihak penganjur juga merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Ibu Pejabat Polis daerah Penampang, Pertubuhan Bagi Orang- orang Buta Sabah, Persatuan Bagi Orang- orang Pekak Sabah, Para Penaja, para sukarelawa­n yang terlibat dalam menjayakan acara ini,” jelas beliau sambil menambah, Larian Amal `Gift Of Hope’ Ke-2 akan dianjur pada 30 April 2017.

 ??  ?? PERTUBUHAN Bagi Orang-orang Buta Sabah bersama sumbangan Larian Amal `Gift of Hope’ 2016 di Kompleks Sukan Penampang pada Ahad.
PERTUBUHAN Bagi Orang-orang Buta Sabah bersama sumbangan Larian Amal `Gift of Hope’ 2016 di Kompleks Sukan Penampang pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia