Utusan Borneo (Sabah)

Higuain ledak gol ke-33 bersama Napoli

-

MILAN, Itali: Gol ke- 33 Gonzalo Higuain musim ini mengekalka­n impian Napoli untuk menjamin bola sepak Liga Juara-Juara musim hadapan ketika penyerang veteran Luca Toni, mengucapka­n selamat jalan dengan tendangan ‘Paneka’ ketika Verona mengejutka­n Juventus 1-2 Ahad lepas.

Roma, yang memburu tempat ketiga liga buat musim ketiga berturut-turut selepas Juventus memenangi kejuaraan Serie A sebanyak lima kali berturut-turut, menambah tekanan ke atas Napoli dengan menewaskan Chievo 3-0 pada perlawanan awal.

Napoli memiliki kelebihan satu mata berbanding Roma menjelang perlawanan di Torino tetapi selepas terlepas peluang memburu kejuaraan liga yang pertama dalam tempoh 26 tahun, Napoli tidak mahu mensia-siakan peluang menduduki tempat kedua dan satu peluang kembali beraksi di Eropah.

Higuain membuka jaringan pada minit ke-12 sebelum Jose Callejon menambah jaringan sebelum rehat. Bruno Peres merapatkan kedudukan buat Torino pada minit ke-66 tetapi Napoli berjaya bertahan sehingga ke wisel penamat.

Ia melonjakka­n skuad kendalian Maurizio Sarri kembali ke tangga kedua dengan kelebihan dua mata berbanding Roma, yang akan ke AC Milan pada perlawanan terakhir musim ini sementara Napoli akan melayani kunjungan kelab yang sudah tersingkir dari Serie A, Frosinone.

Walaupun dengan rekod mata baharu kelab – 79 mata – Sarri memberi amaran: “Kami mempunyai satu musim yang hebat, dengan satu rekod baharu dalam Serie A tetapi ia bukan perlawanan yang mudah, jadi kami harus mengekalka­n fokus pada perlawanan terakhir untuk mengesahka­n tempat kedua.

“Dengan itu, baharulah kami boleh berkata kami mengharung­i satu musim yang luar biasa.”

Higuain hanya kembali dari penggantun­gan tiga perlawanan, yang menjejaska­n peluang beliau untuk sekurang- kurangnya menyamai rekod Gunnar Nordhal yang menjaringk­an 35 gol dalam musim Serie A dengan 20 pasukan, satu pencapaian ketika bersama AC Milan pada 1950.

Selepas melihat penjaga gol Daniele Padeli menepis cubaan awalnya, Higuain tidak mengulangi kesilapan yang sama dengan menyempurn­akan umpanan Marek Hamsik pada minit ke- 12 dan menjadi pemain pertama menjaringk­an 33 gol dalam Serie A sejak Antonio Valentin Angelilio pada 1958/1959.

Higuain boleh menambah jaringan tetapi rembatanny­a terkena palang.

Torino merapatkan kedudukan apabila Peres menyempurn­akan umpanan Giuseppe Vives tetapi asakan demi asakan pasukan tuan rumah pada lewat permainan tetap gagal mencari gol penyamaan sebelum impian mereka berakhir apabila Vives menerima kad merah kerana kad kuning kedua.

Sementara itu, Toni mencuri perhatian selepas menamatkan kerjaya bola sepaknya dengan satu tendangan lambung ‘Paneka’ pada minit ke-43 yang menewaskan penjaga gol kedua Juventus, Norberto Neto untuk kemenangan bergaya 2-1. “Saya tidak tahu sama ada mahu merembat ke kiri atau kanan, jadi saya memilih melakukan lambungan,” kata Toni.

Mungkin dengan satu perhatian ke final Piala Itali menentang AC Milan pada 21 Mei, Juventus bolos gol kedua pada minit ke-55 menerusi gol Federico Viviani.

Juventus, yang belum pernah bolos dua gol liga sejak kemenangan 32 ke atas Carpi pada bulan Disember menamatkan permainan dengan 10 pemain selepas Alex Sandro dilayangka­n kad merah selepas menerima kad kuning kedua perlawanan.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? HIGUAIN (kanan) memeluk rakan sepasukan ketika meraikan kemenangan Napoli selepas tamat perlawanan Serie A Itali menentang Torino di Stadium Grande Torino di Turin Ahad lepas.
— Gambar AFP HIGUAIN (kanan) memeluk rakan sepasukan ketika meraikan kemenangan Napoli selepas tamat perlawanan Serie A Itali menentang Torino di Stadium Grande Torino di Turin Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia