Utusan Borneo (Sabah)

SMKA Mohd Ali Ranau juara keseluruha­n

Karnival Sukan SMKA dan SABK peringkat Negeri Sabah

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Mohd Ali Ranau muncul sebagai johan keseluruha­n Karnival Sukan SMKA dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) peringkat Negeri Sabah yang diadakan di SMKA Keningau, di sini pada Ahad.

SMKA Mohd Ali mengutip empat pingat emas dan masing-masing satu perak dan gangsa.

SMKA Keningau menduduki tempat kedua dengan satu emas dan satu perak sementara SMKA Tun Said menduduki tempat ketiga dengan satu emas dan empat gangsa.

Karnival sukan yang diadakan selama dua hari bermula 7 hingga 8 Mei itu disertai seramai 600 atlet dari sepuluh sekolah terdiri SMKA Keningau (tuan rumah), SMKA Mohd Ali Ranau, SMKA Kota Kinabalu, SMKA Tun Ahmad Shah Inanam, SMKA Tun Said Kota Belud, SMKA Tun Juhar Sandakan, SMKA Tun Sakaran Semporna, SMKA Tun Datu Mustapha Kinarut Papar, SMKA Limauan Kimanis dan SABK Al Irsyadiah Marakau Ranau.

Sementara acara olahraga yang dipertandi­ngkan ialah 4x100 meter dan 4x400 meter lelaki dan perempuan.

Sebanyak empat acara permainan dipertandi­ngkan iaitu bolasepak dan sepak takraw untuk lelaki sementara untuk perempuan bola jaring dan bola tampar.

Perasmian penutupan karnival telah disempurna­kan oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Ustaz Dr Mohd Kasim Tusin.

Bagi acara 4x100 meter lelaki SMKA Mohd Ali memenangi pingat emas, SMKA Tun Sakaran pingat perak dan SMKA Tun Said pingat gangsa. Bagi kategori perempuan, pingat emas dimenangi oleh SMKA Mohd Ali sementara SABK Al-Irsyadiah dan SMKA Tun Said masing- masing memenangi pingat perak dan gangsa.

Bagi acara 4x400 meter lelaki, pingat emas dimenangi oleh SMKA Tun Ahmad Shah manakala perak dan gangsa dimenangi oleh SMKA Mohd Ali dan SABK Irsyadiah. Bagi kategori perempuan, emas dimenangi oleh SMKA Mohd Ali, perak SMKA Keningau dan gangsa SABK Irsyadiah.

SMKA Keningau telah memenangi emas dalam acara bolasepak lelaki diikuti oleh SMKA Kota Kinabalu pingat perak dan SMKA Tun Said pingat gangsa.

Bagi acara sepak takraw lelaki emas dimenangi oleh SMKA Tun Said, sementara perak dan gangsa masing- masing dimenangi oleh SMKA Tun Datu Mustapha dan SMKA Tun Juhar.

SMKA Mohd Ali memenangi emas dalam acara bola jaring perempuan diikuti oleh SMKA Tun Juhar pingat perak dan SMKA Tun Said pingat gangsa.

Bagi acara bola tampar perempuan, SMKA Limauan memenangi emas manakala SMKA Tun Juhar dan SMKA Mohd Ali masing- masing memenangi perak dan gangsa.

Semua hadiah telah disampaika­n oleh Dr Mohd Kassim dan Pengetua SMKA Keningau Ustaz Haidon Hadi.

Pada majlis itu juga telah berlangsun­g penyerahan bendera kejohanan oleh wakil Pegawai Pendidikan Daerah yangjugaKe­tuaUnitPen­didikan Islam PPD Keningau Kapten Mohd Rizal Zakaria kepada Pengetua SMKA Mohd Ali Ranau Ustazah Jaimis Saimin yang akan menjadi tuan rumah karnival pada tahun hadapan.

 ??  ?? SEKOLAH-SEKOLAH yang mengambil bahagian termasuk pemenang dalam karnival itu bergambar dengan Mohd Kasim dan pengetua-pengetua SMKA selepas karnival itu.
SEKOLAH-SEKOLAH yang mengambil bahagian termasuk pemenang dalam karnival itu bergambar dengan Mohd Kasim dan pengetua-pengetua SMKA selepas karnival itu.
 ??  ?? PASUKAN bolasepak SMKA Keningau yang memenangi emas dalam acara sukan berkenaan.
PASUKAN bolasepak SMKA Keningau yang memenangi emas dalam acara sukan berkenaan.
 ??  ?? SMKA Mohd Ali Ranau yang muncul johan keseluruha­n Karnival Sukan SMKA dan SABK peringkat negeri Sabah 2016 menjulang trofi pusingan sambil dikongsi kegembiraa­n oleh Mohd Kasim dan Haidon.
SMKA Mohd Ali Ranau yang muncul johan keseluruha­n Karnival Sukan SMKA dan SABK peringkat negeri Sabah 2016 menjulang trofi pusingan sambil dikongsi kegembiraa­n oleh Mohd Kasim dan Haidon.
 ??  ?? MOHD RIZAL (kanan) menyerahka­n bendera kejohanan kepada Jaimis di mana Ranau menjadi tuan rumah karnival itu tahun depan, sambil diperhatik­an oleh Mohd Kasim (dua kanan) dan Haidon (dua kiri).
MOHD RIZAL (kanan) menyerahka­n bendera kejohanan kepada Jaimis di mana Ranau menjadi tuan rumah karnival itu tahun depan, sambil diperhatik­an oleh Mohd Kasim (dua kanan) dan Haidon (dua kiri).
 ??  ?? MOHD KASIM menyampaik­an hadiah kepada SMKA Keningau yang memenangi emas dalam acara bolasepak. Turut lelihatan Haidon (dua kanan).
MOHD KASIM menyampaik­an hadiah kepada SMKA Keningau yang memenangi emas dalam acara bolasepak. Turut lelihatan Haidon (dua kanan).
 ??  ?? SMKA Mohd Ali yang memenangi emas dalam acara 4x100 meter lelaki bergambar bersama Mohd Kasim dan Haidon selepas majlis penyampaia­n hadiah.
SMKA Mohd Ali yang memenangi emas dalam acara 4x100 meter lelaki bergambar bersama Mohd Kasim dan Haidon selepas majlis penyampaia­n hadiah.
 ??  ?? HAIDON menyampaik­an hadiah kepada SMKA Limauan yang memenangi emas dalam acara bola tampar perempuan.
HAIDON menyampaik­an hadiah kepada SMKA Limauan yang memenangi emas dalam acara bola tampar perempuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia