Utusan Borneo (Sabah)

K1M Kg Sinulihan Baru johan penilaian Anugerah Komuniti 1Malaysia

- OLEH JOHAN AZIZ

KOMUNITI 1Malaysia (K1M) Kampung Sinulihan Baru dalam kawasan Sook Keningau sekali lagi dinobatkan sebagai Komuniti 1Malaysia Terbaik Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2016.

Kemenangan itu adalah anugerah yang keempat seumpamany­a yang diterima selepas turut memenangin­ya pada tahun 2008, 2010 dan 2014.

Pegawai Penerangan Daerah Keningau Hendry Nurdin berkata selaku Pegawai Pemantau Komuniti 1Malaysia di Daerah Keningau, beliau sangat berbangga dengan pencapaian K1M Sinulihan dan merakamkan setinggi penghargaa­n dan tahniah kepada pengerusi K1M dan semua ahli jawatankua­sanya yang terlibat.

“Jabatan Penerangan berharap agar K1M Sinulihan akan berjaya mendapat tempat di peringkat kebangsaan.

“Apa yang paling membanggak­an kita ialah walaupun K1M Sinulihan terletak jauh di kawasan pedalaman dan mempunyai kurang kemudahan asas, namun mereka masih mampu menjalanka­n aktiviti dan mengurus pentadbira­n K1M dengan sempurna,” katanya ketika ditemui pada majlis Penilaian Anugerah K1M Terbaik Peringkat Kebangsaan di Anjung K1M Kampung Sinulihan Baru pada 5 Mei lepas.

Menurut beliau pencapaian terbaik K1M Sinulihan di peringkat kebangsaan untuk anugerah itu ialah dengan mendapat tempat ketiga pada tahun 2011.

Katanya, pertanding­an itu dilaksanak­an sebagai langkah memberi pengiktira­fan atas komitmen dan kerjasama K1M di seluruh Malaysia.

Sementara itu, Pengerusi K1M Kampung Sinulihan Baru Nurhazeah Abdullah berkata mereka sangat bersyukur dengan pengiktira­fan itu dan berharap akan berjaya di peringkat kebangsaan.

“Kejayaan ini adalah hasil kerja keras dan komitmen semua ahli jawatankua­sa dan penduduk Kampung Sinulihan yang tidak pernah kenal erti penat dan putus asa,” katanya.

Beliau berkata untuk mencapai kejayaan seperti sekarang ini bukanlah satu perkara yang mudah.

Menurutnya, pelbagai cabaran dan pahit getir yang terpaksa mereka hadapi semasa di awal pentadbira­n komuniti sehinggala­h sekarang, termasukla­h terpaksa mengharung­i banjir dan lumpur sematamata memenuhi jemputan pameran dari dalam dan luar daerah.

Katanya, antara anugerah lain yang pernah dimenangi oleh K1M Kampung Sinulihan Baru ialah Gerai Pameran Terbaik Pesta Kaamatan peringkat Negeri Sabah dan johan Pertanding­an Keceriaan Merdeka Peringkat Negeri Sabah bagi kategori K1M tiga kali berturut-turut dan beberapa anugerah lain.

Sementara itu, Hendry berkata K1M adalah satu organisasi yang ditubuhkan di bawah kelolaan Jabatan Penerangan Malaysia yang sebelum ini juga dikenali dengan nama K3P dan Komuniti Bestari.

Katanya, sehingga kini sebanyak 149 K1M telah ditubuhkan di seluruh Sabah dan lapan daripadany­a adalah di daerah Keningau.

Menurut beliau, keputusan pertanding­an di peringkat kebangsaan dijangka akan diketahui pada awal Jun tahun ini.

 ??  ?? PANEL hakim menyemak fail pentadbira­n dan pengurusan K1M sambil diberikan taklimat oleh Nurhazeah (duduk, kiri).
PANEL hakim menyemak fail pentadbira­n dan pengurusan K1M sambil diberikan taklimat oleh Nurhazeah (duduk, kiri).
 ??  ?? PRODUK keluaran kampung itu turut dipamerkan.
PRODUK keluaran kampung itu turut dipamerkan.
 ??  ?? NURHAZEAH (kiri) membawa panel hakim melawat ke kilang pemprosesa­n kerepek keladi kampung itu.
NURHAZEAH (kiri) membawa panel hakim melawat ke kilang pemprosesa­n kerepek keladi kampung itu.
 ??  ?? PANEL
Penilai Anugerah K1M Terbaik Peringkat Kebangsaan ketika tiba di Anjung K1M Sinulihan diiringi oleh Wasrin Jakaria (kanan) dan Nurhazeah (kiri).
PANEL Penilai Anugerah K1M Terbaik Peringkat Kebangsaan ketika tiba di Anjung K1M Sinulihan diiringi oleh Wasrin Jakaria (kanan) dan Nurhazeah (kiri).
 ??  ?? SELAIN kerepek keladi, kraftangan adalah antara produk keluaran K1M Sinulihan yang menjadi antara aspek utama dalam penilaian anugerah.
SELAIN kerepek keladi, kraftangan adalah antara produk keluaran K1M Sinulihan yang menjadi antara aspek utama dalam penilaian anugerah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia