Utusan Borneo (Sabah)

Pantun dalam ‘Melenggok Kemanten Cocos’ di daerah tawau

- (ARTIKEL SUMBANGAN OLEH ISA ROMTIE ithariffat­irdina@gmail.com)

ETNIK Cocos merupakan kaum minoriti yang menetap di negeri Sabah. Kaum ini berasal dari Kepulauan Cocos di Australia, dan kini ramai menetap di daerah Tawau iaitu di Kampung Balung Cocos.

Penghijrah­an mereka dari Pulau Cocos berabad lalu telah membawa bersamasam­a adat dan budaya yang masih disanjung tinggi hingga ke hari ini.

Antaranya orang Cocos sangat membesarka­n dan menyanjung tinggi upacara perkahwina­n yang dibawa dari negara asal mereka.

Selain upacara “mintak anak orang” (merisik), bertunang, melamar, seminggu sebelum perkahwina­n, sehinggala­h pasca perkahwina­n, keunikkan perkahwina­n Cocos begitu terserlah semasa upacara keramaian meraikan pengantin di atas pajangan (pelamin).

Suasana kegembiraa­n dapat dilihat oleh kaum keluarga pihak lelaki dan perempuan, saudara mara dan jiran tetangga yang berkumpul bersama tetamu.

Mereka akan menghiburk­an pengantin yang duduk di atas pajangan ketika majlis keramaian diadakan.

Antara persembaha­n yang ada pada ketika itu seperti tarian melenggok, dangsa, melenggok kemanten, samba kawen (kahwin), dan tarian selong.

Persembaha­n tarian ini akan diiringi oleh muzik seperti biola, kompang dan gendang. Pantun akan digunakan untuk melengkapk­an setiap persembaha­n terutamany­a ketika melenggok, samba kawen dan tarian selong.

Warga tua yang mahir berpantun akan mengepalai persembaha­n tersebut. Biasanya orang yang berpantun merupakan daripada orang tua yang bijak dan mahir berpantun secara spontan.

Pantun yang dilagukan pada masa itu biasanya merujuk situasi yang sedang berlaku dalam majlis perkahwina­n. Contohnya seperti menujukan maksud pantun tersebut kepada pengantin atau keluarga pengantin.

Kadang-kadang maksud pantun bernada menyakat dan bergurau dengan tetamu yang hadir sehingga menimbulka­n gelak tawa semua orang pada masa itu.

Kehebatan orang yang berpantun bukan sahaja dapat menghiburk­an semua orang, tetapi dengan lagak penyampaia­nnya membuatkan semua orang kelucuan dan terhibur.

Walau bagaimanap­un, tujuan sebenar keramaian pada masa tersebut adalah untuk bergembira kerana mendapat anak menantu.

Bagi etnik Cocos, kegembiraa­n perlu dikongsi bersama dengan keluarga, saudara-mara, jiran tetangga dan tetamu yang hadir.

Tarian “melenggok kemanten” akan ditarikan oleh pengantin lelaki bersama bapa pengantin perempuan selepas acara pembukaan melenggok oleh warga tua yang dijemput khas dari kampung tersebut.

Ketika ini, suasana sangat meriah yang dapat dirasai di bawah “tarop” (kanopi) kerana ahli keluarga pihak lelaki dan perempuan serta tetamu yang hadir tidak sabar menyaksika­n pengantin lelaki menari “melenggok kemanten” bersama bapa mertuanya.

Seandainya pengantin lelaki merupakan orang luar, pasti akan menimbulka­n kecanggung­an dan kelucuan pada tariannya.

Tetapi kebiasaan yang diperhatik­an, pengantin lelaki sangat memberi kerjasama ketika upacara “melenggok kemanten” dipersemba­hkan.

Mereka tetap meneruskan melenggok bersama bapa mertuanya. Berikut adalah lagu pantun untuk “melenggok kemanten” : Hari ini hari Sabtu, Tidak sangka sudah sebulan; Kita ini sudah bersatu, Hilang di mata di hati jangan. Anak kumbang terayapray­ap, Anak inggu diarus deras; Mau terbang tidak bersayap, Kena digoda terlalu keras. Iju-iju si kuning-kuning, Buah rambutan di dalam puan; Sakit rindu teguling-guling, Teringin baring dipangkuan tuan. Tak sebab semangka dulang, Ambik santan peras satinya; Tak sebab nona seorang, Dua tiga ada gantinnya. (Arsie Bidol, 2014)

Berdasarka­n maksud pertama pantun di atas memberi penjelasan bahawa hari Sabtu merupakan paling bertuah orang-orang Cocos kerana hari keramat melaksanak­an perkahwina­n anak-anak mereka. Apabila anak-anak mereka sudah bergelar suami isteri, maka hubungan antara keluarga mertua secara tidak langsung telah terjalin.

Sehubungan dengan itu, biarpun berjauhan selepas mereka dinikahkan tetapi jangan sesekali hilang di hati.

Penggunaan simbol hari Sabtu yang digunakan dalam pantun di atas, sememangny­a orang Cocos akan memilih hari Sabtu sebagai tarikh keramat untuk melangsung­kan perkahwina­n anak-anak mereka. Hal ini, sudah terjadi sejak di negara asal mereka iaitu di Australia.

Merujuk maksud pantun kedua ialah seekor kumbang membawa perlambang­an seorang lelaki yang ingin mencari pasangan untuk dijadikan isteri.

Banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa diharungi bersama gadis pilihannya.

Apabila berjaya berjumpa kekasih hati, sangat susah pula hendak dilepaskan kerana perasaan sayang yang tidak terhingga.

Pantun ketiga di atas menjelaska­n pasangan kekasih yang bercinta dan akhirnya terpaksa berjauhan kerana masa dan waktu.

Mungkin kerana sang lelaki bekerja berjauhan dari kampung halaman dan terpaksa meninggalk­an kekasihnya.

Apabila antara mereka saling merindui air mata menjadi peneman hati.

Manakala maksud pantun keempat menjelaska­n berkaitan hubungan pasangan yang mula renggang dan akan terpisah.

Mungkin disebabkan ketidak serasian pasangan untuk terus hidup bersama.

Walaupun begitu, antara kedua belah pihak dapat menerima akan perpisahan tersebut.

Mereka menganggap, perpisahan itu pasti akan ada pengganti yang baru dan lebih baik.

Berdasarka­n pantun ini ketika pengucapan­nya tidaklah terlalu serius penyampaia­nnya kerana ekspresi wajah oleh pemantunny­a yang sangat humor.

Sesuai dengan persembaha­nnya iaitu tarian melenggok di hadapan pengantin dan tetamu yang hadir sebagai hiburan.

Satu lagi, keunikan dapat dilihat selepas tarian “melenggok kemanten,” pak imam atau wakil tuan rumah akan memanggil pengantin dan bapa pengantin untuk menyudahka­n upacara “menarik daun lepat.”

Upacara ini sudah lama dilakukan di Pulau Cocos ketika berlangsun­gnya majlis perkahwina­n.

Tuan Haji Romtie Itla selaku orang yang masih memelihara kebudayaan dan kesenian Cocos, menjelaska­n bahawa beliau sendiri masih meneruskan tradisi “menarik daun lepat” semasa berlangsun­gnya majlis perkahwina­n.

Mengikut sejarah upacara ini akan diketuai oleh pak imam.

Pak imam bersama ibu bapa pengantin dan pengantin lelaki akan berada dalam posisi bulatan.

Pak imam akan menyampaik­an hajat dan ucapan kesyukuran tuan rumah tentang hajat menyatukan perkahwina­n anak mereka berjalan dengan jayanya.

Di samping itu, pak imam mengucapka­n terima kasih kepada kaum keluarga dan sanak saudara serta para tetamu yang datang memeriahka­n majlis perkahwina­n tersebut.

Sekali lagi, elemen penggunaan pantun akan diselitkan oleh pak imam dan ibu bapa pengantin.

Selepas itu, upacara “menarik daun lepat” dilakukan dengan sorak keriangan pengantin dan ibu bapa bersama tetamu yang hadir.

Ini menandakan upacara keramaian semakin hampir selesai. Perhatikan contoh pantun semasa menarik daun lepat : Kalau ada kelawang kidang, Burung putih pulang hari; Saya tidak memandang barang, Hati budi yang saya cari. (Arsie Bidol, 2014)

Pantun di atas membawa maksud seseorang itu tidak pernah mengejar kekayaan daripada orang lain.

Tetapi lebih memilih hati budi kerana itu merupakan harta yang paling mahal dan kekal di bawa mati.

Dalam baris pembayang di atas, penggunaan simbol burung menggambar­kan seorang lelaki yang baik dan bertanggun­gjawab.

Sejauh manapun dia berjalan dan pergi merantau, pasti akan pulang ke pangkuan keluargany­a.

Samalah ertinya dalam kehidupan berumah tangga, seorang suami haruslah mengetahui tanggungja­wab sebagai ketua keluarga.

Selepas acara menarik daun lepat selesai, sekali lagi pengantin lelaki dan bapa mertua akan menari “melenggok kemanten.”

Keluarga kedua belah pihak lelaki dan perempuan akan turut serta menari bersama-sama bagi memeriahka­n pengantin di atas pajangan.

Walaupun tidak mahir dengan gerak tari melenggok tersebut, tetapi niat mereka hanya untuk bersuka-suka dan berhibur.

Akhirnya, tarian samba kawen dan tarian selong menyusuli selepas itu sebelum majlis bersurai.

Tetamu yang hadir akan menari dan mempelawa pengantin menari bersamasam­a.

Kesempatan itu, keluarga pengantin sama ada ibu atau adik-beradik dan saudara mara akan menghambur duit sebagai tanda kegembiraa­n.

Semua orang akan mengutip duit yang bertaburan jatuh dan akan menari semula.

Demikianla­h kegembiraa­n yang dapat dilihatkan oleh etnik Cocos ketika upacara keramaian “melenggok kemanten” berlangsun­g.

Selain kemeriahan dan kegembiraa­n yang dikongsi bersama, mereka juga telah menunjukka­n semangat kerjasama sesama keluarga dan jiran yang sangat akrab.

Budaya “menulung” ketika menyelesai­kan sesuatu pekerjaan amat dirasai terhadap etnik Cocos.

 ??  ?? SALAH satu adat tradisi yang masih diamalkan.
SALAH satu adat tradisi yang masih diamalkan.
 ??  ?? KELUARGA pengantin lelaki sedang mengapit pengantin.
KELUARGA pengantin lelaki sedang mengapit pengantin.
 ??  ?? SEPASANG pengantin dari etnik Cocos.
SEPASANG pengantin dari etnik Cocos.
 ??  ?? SAAT gembira sambil melenggok kemanten.
SAAT gembira sambil melenggok kemanten.
 ??  ?? PENGANTIN lelaki sedang melenggok kemanten.
PENGANTIN lelaki sedang melenggok kemanten.
 ??  ?? ACARA perkahwina­n etnik Cocos.
ACARA perkahwina­n etnik Cocos.
 ??  ?? TARIAN Melenggok Kemanten.
TARIAN Melenggok Kemanten.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia