Utusan Borneo (Sabah)

Deklarasi Mahathir tidak dapat sambutan

-

KEPALA BATAS: Majlis Bersama Pemimpin, Deklarasi Mahathir gagal meraih sambutan di sini malam Ahad apabila kurang dari 1,000 orang hadir di Dewan Millenium di sini.

Dihadiri hampir kesemua barisan pemimpin Pakatan Pembangkan­g, majlis itu dianjurkan untuk mendapat tandatanga­n rakyat menyokong deklarasi yang bertujuan menyingkir­kan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali tiba di Dewan Millenium pada pukul 9.45 malam dan apabila beliau mula berucap kira-kira pukul 11.15 malam, kebanyakan hadirin dilihat mula keluar dari dewan.

Bagaimanap­un, bekas perdana menteri itu berkata deklarasi itu telah mendapat sambutan yang agak baik dalam kalangan rakyat sejak ia dilancarka­n dan beliau yakin ia akan mencapai angka tandatanga­n yang disasarkan.

Katanya, beliau akan menetapkan satu tarikh untuk menyerahka­n deklarasi itu kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

“Setakat ini, kami telah mendapat 1 juta tandatanga­n rakyat yang menyokong deklarasi ini dan satu tarikh khas akan ditentukan kelak untuk deklarasi ini diserah kepada Yang di- Pertuan Agong,” katanya ketika ditemui pemberita selepas ucapannya di sini malam Ahad.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali, presiden Parti Amanah Rakyat Mohamad Sabu, bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid, Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman dan Anggota Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar.

Sementara itu, mengenai pilihan raya negeri Sarawak, Mohamad Sabu mengakui pertindiha­n kerusi merupakan kelemahan Pakatan Pembangkan­g pada pilihan raya negeri itu.

DAP dan PK R bertembung sesama sendiri di enam kerusi pada pilihan raya negeri kali ini iaitu di Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia