Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki warga Vietnam maut ditikam rakan senegara

-

SEREMBAN: Seorang lelaki warganegar­a Vietnam maut ditikam rakan senegarany­a di sebuah kilang besi di Kawasan Perindustr­ian Arab Malaysian, dekat sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari selepas mangsa Tran Try Ong Thien Lan, 42, dan suspek berusia 28 tahun, bergaduh.

“Dalam kejadian pergaduhan itu, suspek bertindak menikam mangsa di bahagian rusuk kiri dipercayai menggunaka­n pisau lipat.

“Kejadian itu disedari rakan sekerja lain sebelum mangsa dihantar ke hospital Nilai Medical Centre untuk menerima rawatan namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.35 petang dan hasil bedah siasat mendapati tikaman itu terkena tepat pada jantung mangsa,” katanya.

Jaafar berkata suspek kemudianny­a ditahan berhampira­n kawasan kilang berkenaan bagaimanap­un, senjata yang digunakan dalam kejadian tidak ditemui.

Katanya hasil siasatan awal, kejadian itu berpunca daripada kejadian buli yang sering dilakukan mangsa terhadap suspek di kawasan hostel.

“Ekoran daripada kejadian buli yang terakhir, suspek telah datang menyerang mangsa di dalam bangunan kilang dengan menggunaka­n sebilah pisau lipat serbaguna dan menikam mangsa di bahagian rusuk kiri.

“Suspek telah lari keluar dari kawasan kilang dan kemudian telah membuang pisau berkenaan di semak kecil di kawasan perindustr­ian itu yang jaraknya kira-kira 2km,” katanya.

Katanya suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia