Utusan Borneo (Sabah)

Wanita maut tercampak dari kenderaan, tiga lagi cedera

-

ALOR SETAR: Seorang wanita maut selepas tercampak keluar apabila kereta yang dipandu rakannya lelakinya terbabas dan terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Telok Wanjah di sini tengah malam Ahad.

Ketua Polis Daerah ACP Mohd Rozi Jidin berkata dalam kemalangan kirakira 12 malam itu, Lee Yen Theam, 24, dari Taman Rajawali Indah, Jalan Langgar di sini meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya rakan lelaki wanita itu Jason Lee, 21, dan dua lagi Ng Ing Kun, 51, dan Koo Choo Kuey, 61, dalam sebuah lagi kereta itu mengalami kecederaan.

“Tiga mangsa yang mengalami kecederaan dilaporkan stabil, dengan Lee dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan dua lagi dirawat di sebuah hospital swasta,” katanya dalam kenyataan, kelmarin. Katanya siasatan awal polis mendapati kenderaan dipandu Lee dari arah Telok Wanjah menghala ke Tambang Badak, di sini hilang kawalan lalu melanggar besi pembahagi jalan sebelum masuk ke laluan bertentang­an dan berlanggar dengan kereta terbabit.

Mohd Rozi berkata mayat wanita itu dihantar ke HSB untuk bedah siasat.

Sementara itu, ibu Yen Theam yang hanya mahu dikenali sebagai Catherine, 48, berkata dia menerima panggilan daripada rakan lelaki anaknya yang memaklumka­n mengenai kemalangan itu.

“Sebelum kejadian kami sempat makan malam bersama di sebuah restoran sebelum anak saya keluar bersama rakan lelakinya yang datang mengambil di rumah kirakira pukul 10 malam.

“Anak saya beritahu yang mereka berdua mahu menonton wayang,” katanya.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia