Utusan Borneo (Sabah)

Polis berkas mat rempit rempuh polis

-

KUALA TERENGGANU: Polis berjaya menahan seorang mat rempit yang dipercayai merempuh anggota polis Unit Rondaan Bermotosik­al (URB) Kemaman dalam kejadian Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim berkata pemuda yang berusia 24 tahun itu tampil menyerah diri kira-kira pukul 4 petang sehari selepas kejadian tersebut.

Katanya pihaknya turut merampas motosikal jenis Yamaha 125z yang ditunggang suspek ketika insiden itu.

“Kita sedang melakukan siasatan lanjut berhubung insiden itu dan suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.55 pagi itu, Lans Koperal Mohd Daud Abd Shukor, 27, cedera selepas dirempuh seorang mat rempit ketika melakukan rondaan bersama dua lagi rakannya.

Mohd Said berkata pihaknya juga tidak menolak kemungkina­n suspek yang berasal dari Kuala Kemaman itu terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal di daerah berkenaan dan dia juga positif dadah jenis methamphet­amine.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia