Utusan Borneo (Sabah)

Ketua Menteri Sarawak mulakan tugas

-

KUCHING: Dua hari selepas memperoleh kemenangan bergaya dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-11 (PRN11), Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem sudah kembali ke pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini untuk memulakan tugas kelmarin.

Ketibaan beliau pada 9.30 pagi disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Pengarah Unit Pengurusan Sumber Manusia Sarawak Dr Sabariah Putit dan beberapa pegawai dari pejabat Ketua Menteri.

Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataan kelmarin memaklumka­n bahawa ia kemudianny­a diikuti dengan satu majlis kesyukuran di pejabat Adenan.

Sabtu lepas menyaksika­n Barisan Nasional Sarawak memenangi 72 daripada 82 kerusi dalam PRN-11, kejayaan hebat berbanding kemenangan 55 daripada 71 kerusi pada PRN- 10.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia