Utusan Borneo (Sabah)

61 murid jayakan Program ‘Striving For Excellent English’

-

LABUAN: Seramai 61 murid yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 telah menjayakan Program ‘Striving For Excellent English’ anjuran Sekolah Kluster Kecemerlan­gan (SKK) Sekolah Kebangsaan (SK) Rancha-Rancha pada Sabtu lalu.

Mereka terdiri daripada 46 murid SKK SK Rancha-Rancha dan 15 murid SK Pekan Satu (SKPS).

Program yang julung-julung kalinya dianjurkan itu dikendalik­an Guru SKK SK St Agnes Kota Kinabalu, Derek Pandian a/l Edwin Pandian.

Beliau yang juga pemeriksa kertas English UPSR Negeri Sabah menasihatk­an murid agar menggunaka­n masa yang ada untuk mengulangk­aji subjek itu.

Katanya, walaupun keputusan calon tidak berapa baik, belum terlambat untuk mereka memperbaik­i kelemahan dan kekurangan ketika menjawab soalan Kertas 1 dan Kertas 2 subjek berkenaan.

Beliau berkata apabila calon berjaya ia akan membantu kejayaan di peringkat sekolah dan Wilayah Persekutua­n Labuan keseluruha­nnya.

“Kejayaan murid dalam peperiksaa­n UPSR bergantung kepada komitmen dan kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa, PIBG, komuniti selain guru dan murid itu sendiri,” katanya sambil merakamkan ucapan penghargaa­n kepada SKK SK Rancha-Rancha.

Katanya, kehadiran 20 guru dari 17 sekolah rendah membuktika­n komitmen dan kesungguha­n serta keprihatin­an guru Bahasa Inggeris untuk melihat anak didik mereka beroleh kejayaan dalam UPSR September depan.

Sementara itu, Guru Besar SK Pekan Satu Jaafar Matusin mengucapka­n terima kasih kepada Guru Besar SKK SK Rancha- Rancha Norinnie Kassim yang sudi bekerjasam­a dengan SKPS menganjurk­an program yang banyak memberi manfaat kepada calon kedua-dua sekolah.

“SK Pekan Satu sentiasa berlapang dada untuk bekerjasam­a dengan mana-mana pihak untuk menganjurk­an program kecemerlan­gan akademik, sekaligus membantu meningkatk­an prestasi pendidikan murid,” katanya.

Program berkenaan diadakan dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang di Dewan SK Pekan Satu Labuan.

 ??  ?? DEREK (tiga kiri) dan Jaafar (empat kiri) bersama murid SKK Rancha-Rancha dan SK Pekan Satu yang menjayakan Program Striving For Excellent English.
DEREK (tiga kiri) dan Jaafar (empat kiri) bersama murid SKK Rancha-Rancha dan SK Pekan Satu yang menjayakan Program Striving For Excellent English.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia