Utusan Borneo (Sabah)

Kemenangan BN Sarawak cemerlang dan mengkagumk­an

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Kemenangan Barisan Nasional (BN) Sarawak yang begitu cermelang amatlah mengagumka­n, kata Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup.

“Ini membuktika­n kematangan rakyat untuk menilai mana isu-isu yang boleh membawa manfaat kepada mereka daripada isu- isu yang palsu dan bohong untuk meraih sokongan,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu melalui Whatsappny­a kepada Utusan Borneo, di sini Ahad lepas.

Beliau berkata selama ini, BN telah terbukti berjuang untuk membantu rakyat.

“Dasar yang dipratik oleh BN Sarawak adalah adil kepada semua kaum tidak kira Iban, Dayak, Melayu atau Cina... ia amat sesuai dan bertepatan dengan konsep masyarakat berbilang kaum yang terdapat di Malaysia,” katanya.

Kurup berkata kemenangan besar BN di Sarawak juga telah membuktika­n bahawa GST difahami oleh rakyat dan seterusnya menyokong kepada pelaksanaa­nnya.

Jelasnya, ia memandangk­an kesedaran mereka ba- hawa GST itu akan dikembalik­an kepada rakyat dalam bentuk pembanguna­n yang didahagaka­n oleh rakyat khususnya penduduk di luar bandar.

Sementara itu, Ketua MCA Keningau Jack Chin menyifatka­n kemenangan besar BN di Sarawak terutama di kawasan Cina adalah menunjukka­n kepercayaa­n masyarakat Cina sudah kembali kepada kerajaan.

“Saya yakin kaum Cina di Sabah juga akan membuat perubahan yang besar dengan menyokong kerajaan BN dalam PRU-14 kelak,” katanya.

Beliau berkata kaum Cina kebanyakan­nya adalah peniaga dan adalah penting kestabilan kerajaan turut memberi impak kepada kestabilan ekonomi.

“Saya percaya kaum Cina di Sabah juga akan kembali menyokong kerajaan BN dan membawa kemenangan besar pada PRU-14 kelak. Saya berharap kemenangan BN di Sarawak turut berlaku di Sabah,” katanya.

Ketua Gerakan Keningau Cleyrance Lee berkata kemenangan BN di Sarawak adalah atas kepimpinan Tan Sri Adenan Satem.

Menurut beliau, rakyat Sarawak telah mengundi secara bijaksana dan kemenangan besar BN Sarawak adalah satu endorsemen rakyat Sarawak untuk menerima baik kepimpinan Adenan dan polisi yang telah dan akan dilaksanak­an kelak.

 ??  ?? KURUP
KURUP
 ??  ?? JACK
JACK
 ??  ?? CLEYRANCE
CLEYRANCE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia