Utusan Borneo (Sabah)

Lembu suci Thailand ramal kemarau bakal berakhir

-

BANGKOK: Petani yang mengalami kemarau di Thailand mendapat berita baik yang luar biasa semalam apabila dua ekor lembu jantan suci meramalkan langit akan terbuka akhirnya pada musim hujan akan datang.

Ramalan lembu jantan itu dibuat sewaktu majlis membajak diraja tahunan yang disaksi ramai di negara tersebut, satu upacara purba yang secara rasmi menandakan permulaan musim penanaman padi yang utama.

Di majlis itu, haiwan tersebut, yang mesti mematuhi senarai ciri-ciri fizikal yang ketat dan memiliki ‘pembawaan yang bersopan-santun’ semasa proses pemilihann­ya, diberi mangkuk yang mengandung­i pelbagai makanan.

Di majlis semalam, yang diketuai Putera Mahkota Thailand, Maha Vajiralong­korn, kedua- dua haiwan memilih benih beras, bijan, jerami, air dan arak — kombinasi yang menurut jabatan ternakan negara bermakna air yang mencukupi, tanaman yang melimpah dan dagangan luar yang lebih baik untuk tahun akan datang.

Lembu-lembu jantan tersebut membuat ramalan yang positif sedemikian pada tahun lepas tetapi ramalan mereka tidak membuahkan hasil.

Sebaliknya, seperti kebanyakan tempat di rantau besar Mekong pada tahun ini, Thailand terjejas teruk disebabkan oleh kemarau terburuk sejak beberapa dekad yang lalu.

Penanam padi, yang tidak dapat menanam tanaman mereka, menanggung hutang yang semakin serius.

Ribuan buah kampung di timur laut terpaksa dibekalkan dengan air yang dibawa oleh trak selepas dasar sungai, takungan air dan air terjun menjadi kering.

Hujan biasanya turun pada Mei dan seterusnya sebelum memuncak pada Ogos dan September.

Junta tentera Thailand, yang telah melancarka­n tempoh penindasan yang khususnya keras sejak beberapa minggu lalu, pasti juga berharap hujan akan tiba.

Ekonomi negara yang buruk masih menjadi kelemahan tentera, dan eksport yang menurun serta jeneraljen­eral menghadapi masalah untuk melancarka­n pertumbuha­n.

Para penanam padi, kebanyakan­nya di utara dan timur laut, umumnya menyokong keluarga politik Shinawatra yang dikekang daripada menyertai politik dalam pelbagai cara.

Mereka mengetuai dua pentadbira­n yang digulingka­n oleh tentera sejak sedekad lalu dan dibenci oleh golongan elit yang menyokong kerabat diraja di negara itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia