Utusan Borneo (Sabah)

Keganasan sasar polis di Mogadishu

-

MOGADISHU: Militan membunuh tiga anggota polis dalam satu serangan bom dan senapang ke atas sebuah balai polis di ibu negara Somali semalam, kata pihak berkuasa bandar raya.

Seorang pengebom nekad dan seorang lelaki bersenjata turut maut, selain dua orang awam, dipercayai ditembak oleh polis yang membalas serangan yang diakui dilakukan oleh kumpulan Shebab yang bersekutu dengan AlQaeda di Somalia.

“Serangan itu melibatkan dua anggota Shebab, seorang daripada mereka memandu sebuah kereta yang membawa bahan letupan, dan seorang lagi cuba menyerbu ibu pejabat polis tetapi ditembak mati.

“Kita sudah kehilangan tiga anggota polis,” kata Abdifatah Omar Halane, jurucakap pentadbira­n bandar raya Mogadishu.

Beliau menambah dua orang awam turut ditembak mati, selain beberapa orang awam lagi cedera.

“Dua orang awam lain ditembak mati dalam kejadian berasingan di lebuh raya berdekatan,” kata Halane yang menambah anggota polis yang dipercayai bertanggun­gjawab sudah ditangkap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia