Utusan Borneo (Sabah)

Utarid sejajar dengan Matahari dan Bumi

-

PARIS: Ahli astronomi semalam bersiap-sedia untuk salah satu kejadian kemuncak dalam tahun pemerhati langit, apabila Matahari, Utarid dan Bumi sejajar dalam satu fenomena yang berlaku kirakira 12 kali dalam seabad.

Utarid dapat dilihat menerusi teleskop sebagai satu tompok hitam yang bergerak di atas permukaan planet kita, dan memberi pemandanga­n cakerawala, jika cuaca mengizinka­n, yang akan berlaku selama tujuh setengah jam.

“Pada mulanya, Utarid akan kelihatan seperti mengutil pinggir Matahari, dan kemudian akan melintasi permukaann­ya dengan perlahan sekali dan mening-galkan bahagian sebelah,” kata Pascal Descamps dari Balai Cerap Paris.

“Ia adalah sesuatu yang amat jarang berlaku, kerana ia memerlukan Matahari, Utarid dan Bumi berada dalam penjajaran yang hampir sempurna.”

Utarid, planet paling kecil yang dikenali dalam Sistem Suria, melengkapk­an satu orbit setiap 88 hari, dan melintasi di antara Bumi dan Matahari setiap 116 hari.

Namun orbitnya condong jika dibandingk­an dengan orbit Bumi, yang bermakna ia biasanya kelihatan – dari perspektif kita – seperti melintasi di atas atau di bawah Matahari.

Bagaimanap­un sebanyak 13 kali setiap abad, keduadua orbit sejajar sedemikian rupa sehinggaka­n ahli astronomi amatur pun dapat melihat planet kecil itu yang terletak puluhan jutaan kilometer dari Bumi.

Menurut Persatuan Astronomi Diraja Britain (RAS), kebanyakan tempat di Eropah Barat, bahagian barat Afrika Utara dan Barat, timur Amerika Utara, dan kebanyakan kawasan di Amerika Selatan dapat melihat seluruh transit, yang akan berlaku dari 1112 GMT hingga 1842 GMT.

Kawasan lain di utara dan selatan Amerika, timur Pasifik, tempat lain di Afrika dan kebanyakan tempat di Asia, akan melihat sebahagian daripada kejadian itu.

Bagaimanap­un pemerhati di timur dan tenggara Asia dan Australasi­a tidak akan dapat melihatnya sama sekali.

Utarid, planet paling dekat dengan Matahari dan satu pertiga saiz Bumi, merupakan salah satu keganjilan dalam Sistem Suria.

Ia merupakan sebuah daripada empat buah planet berbatu dalam Sistem Suria tetapi tiada atmosfera dan badannya yang berlogam dirosakkan oleh perlanggar­an dengan batu- batan angkasa.

Waktu siang di Utarid adalah enam kali lebih panas berbanding tempat paling panas di Bumi, dan waktu malam boleh sejuk lebih dua kali ganda berbanding tempat paling sejuk di atas planet kita.

Ia berpusing dengan begitu perlahan sekali – tiga kali bagi setiap dua orbit – sehinggaka­n, anehnya, hari Utarid adalah dua kali lebih lama berbanding tahunnya.

Transit Utarid pertama kali direkodkan oleh ahli astronomi dari Perancis, Pierre Gassendi. Beliau memerhatik­annya menerusi teleskop pada 1631, dua dekad selepas alat tersebut dicipta.

Ahli astronomi Jerman, Johannes Kepler meramalkan transit itu dengan tepat, tetapi meninggal dunia pada 1630 sebelum dapat menyaksika­nnya sendiri.

Penjajaran Utarid terakhir berlaku 10 tahun lalu, dan penjajaran seterusnya adalah pada 2019, diikuti 2032 dan 2049.

“Ia sentiasa mengujakan untuk melihat fenomena astronomi seperti transit Utarid ini,” kata Presiden RAS Martin Barstow. “Mereka menunjukka­n astronomi adalah sains yang dapat diakses oleh semua orang.”

Namun orang ramai diberi amaran: melihat fenomena itu secara langsung boleh menyebabka­n kerosakan mata yang kekal, kerana hanya sebahagian Matahari yang sangat kecil akan tertutup.

Satu pilihan adalah untuk menggunaka­n teleskop atau teropong untuk memancarka­n imej ke atas permukaan putih. Pemerhati bintang juga boleh memerhati kejadian itu menerusi teleskop dengan penapis yang kuat atau – paling selamat sekali – dalam Internet.

Animasi transit itu dan maklumat mengenai bandar raya yang melihat sekurangku­rangnya sebahagian daripada kejadian itu, boleh didapati di http:// u. afp. com/Zu92 dan http://u.afp. com/Zu9a.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? PROSES penjajaran Utarid dapat dilihat dalam imej konsep NASA yang dibentuk daripada rentetan imej yang dirakam SOHO semasa penjajaran terakhir pada 2006.
— Gambar Reuters PROSES penjajaran Utarid dapat dilihat dalam imej konsep NASA yang dibentuk daripada rentetan imej yang dirakam SOHO semasa penjajaran terakhir pada 2006.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia