Utusan Borneo (Sabah)

Rusia pamerkan kekuatan tentera

Perarakan besar-besaran turut dedah persenjata­an bagi kempen di Syria

-

MOSCOW: Rusia menun-jukkan jentera perang modennya dalam perarakan besar-besaran di Dataran Merah, Moscow semalam, dan mempamerka­n sistem misil pertahanan udara moden yang digunakan untuk melindungi pangkalann­ya di Syria selain beberapa jet yang pernah menjalani misi di sana.

Acara itu, satu rancangan tahunan bertujuan untuk memperinga­ti kemenangan Soviet Union ke atas tentera Nazi dalam Perang Dunia Kedua, berlangsun­g di bawah sinaran mentari cerah disaksikan oleh Presiden Vladimir Putin dari sebuah pentas yang penuh dengan veteran perang Soviet.

Pemimpin kuku besi Rusia itu, yang menyaksika­n tenteranya menawan Crimea di Ukraine pada 2014 dan sekarang membantu tentera Presiden Syria, Bashar alAssad, melihat ribuan anggota tentera Rusia berbaris melintasi dataran terkenal itu diiringi muzik marsyal.

Pihak berkuasa, yang disokong oleh media kerajaan, menggunaka­n acara tahunan itu untuk membina sentimen patriotik dan menggarisk­an kepentinga­n memiliki tentera yang kuat untuk melindungi sempadan negara.

Ia juga adalah peluang untuk menunjukka­n bagaimana program pemodenan bernilai berbilion dolar mengubah wajah tentera Rusia dengan membekalka­nnya senjata dan perkakasan baharu.

Deretan kereta kebal mengekori anggota tentera bersama sistem misil pertahanan udara S-400 yang moden dan dikerahkan ke Syria untuk melindungi pangkalan udara Rusia di sana. Pelancar misil nuklear antara benua bergerak Yars yang terbaharu milik Rusia turut dipamerkan.

Puluhan pesawat tentera kemudian terbang di ruang udara di atas Dataran Merah, termasuk jet yang mengeluark­an asap pelbagai warna untuk menggambar­kan bendera Rusia yang berwarna merah, biru dan putih di langit.

Dalam ucapannya di perarakan itu, Putin amnya membataska­n kenyataann­ya kepada kepentinga­n menewaskan tentera Nazi dalam Perang Dunia Kedua, tetapi turut bercakap mengenai keperluan pada hari ini untuk menentang terorisme global dan bekerja sama dengan negara lain untuk berbuat demikian.

Perarakan sama namun lebih sederhana, diadakan di pangkalan Rusia di Syria.

Perayaan pada 9 Mei turut berlangsun­g di beberapa bekas republik Soviet.

Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev duduk di sebelah Putin sewaktu perarakan di Moscow, tetapi pemimpin asing lain tidak ada di kalangan tetamu kehormat.

Pemimpin barat pada tahun lepas menolak jemputan untuk menghadiri perayaan ulang tahun ke-70 ekoran krisis Ukraine, dan Putin meraikan hari itu bersama pemimpin dari China, Cuba dan tokoh lain yang mesra dengan Moscow.

Kira-kira 27 juta daripada orang awam dan askar Soviet Union terkorban dalam Perang Dunia Kedua dan kemenangan Tentera Merah dalam peperangan itu menjadi kebanggaan ramai di Rusia.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PUTIN berucap semasa perarakan ketenteraa­n Hari Kejayaan di Dataran Merah, Moscow semalam.
— Gambar AFP PUTIN berucap semasa perarakan ketenteraa­n Hari Kejayaan di Dataran Merah, Moscow semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia