Utusan Borneo (Sabah)

Australia pintas tiga bot pencari suaka

-

SYDNEY: Australia memintas tiga bot pencari suaka setakat ini pada tahun ini, termasuk satu yang membawa wanita dan kanak-kanak dari Sri Lanka, menurut menteri imigresen semalam.

Di bawah langkah keras Canberra, pencari suaka yang cuba untuk sampai ke Australia dengan menaiki bot dihantar balik ke tempat di mana mereka berlepas atau ke kem pulau terpencil di Lautan Pasifik, di mana keadaan hidup telah dikritik.

Kerajaan mempertaha­nkan dasar itu dengan mendakwa ia mencegah kematian di laut.

Sejak permulaan ‘Operasi Sempadan Berdaulat’ pada September 2013, ia berjaya menghentik­an ketibaan bot, dan kelemasan, yang mewar- nai pentadbira­n Buruh pada masa lalu.

Pada Mac lalu, Canberra mengalu-alukan tempoh 600 hari tanpa ketibaan sebarang kapal, dan 25 buah bot yang membawa 698 orang telah dihalau balik dan kembali dengan selamat ke negara perlepasan mereka.

Menteri Imigresen Peter Dutton berkata, tiga bot sudah dipintas tahun ini termasuk sebuah perahu kecil dari Sri Lanka minggu lepas.

“Saya boleh memaklumka­n 12 orang berada dalam kapal itu,” katanya.

“Kapal itu juga sudah meninggalk­an Sri Lanka dan kami dapat mengembali­kan 12 orang itu dengan jayanya, termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak, dan selamat ke Sri Lanka pada 6 Mei lepas.

Beliau tidak memberi sebarang maklumat mengenai dua bot lain.

Kapal dari Sri Lanka itu sampai sehingga 500 meter dari Kepulauan Cocos yang mempunyai sedikit penduduk di Lautan Hindi pada Isnin minggu lepas, menurut laporan.

Perbadanan Penyiaran Australia berkata selepas dikesan, mereka di dalam bot dipindahka­n dari kapal kastam ke bot lebih kecil dan dibawa ke pantai.

Mereka dihantar balik ke Colombo dengan pesawat catar dalam operasi sulit Khamis lepas, kata badan penyiaran itu yang memetik saksi yang mendakwa terdapat tujuh kanak-kanak, termasuk bayi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia