Utusan Borneo (Sabah)

Patung Hitler cecah nilai AS$17.2j

-

NEW YORK: Sebuah patung melutut Hitler dilelong kelmarin dengan harga AS$17.2 juta (RM65.4 juta), rekod bagi salah satu karya artis Itali Maurizio Cattelan.

Patung lilin dan damar bertajuk ‘Him’ (Dia) dijangka dijual antara AS$10 juta hingga AS$15 juta pada lelongan Christie’s.

Rekod lama salah satu karya Cattelan, 55, adalah AS$7.9 juta.

Patung itu menggambar­kan Hitler sebesar budak, yang melutut dalam sut bulu domba kelabu, menggengga­m kedua-dua tangannya sambil mendongak. Karya itu siap pada 2001.

Jualan itu sebahagian lelongan bertema ‘Bound to Fail’, 39 hasil pilihan karya seni kontempora­ri dan moden yang menerokai idea kegagalan komersial dan mengambil risiko untuk memperluas sempadan kesenian.

Loic Gouzer, timbalan pengerusi kesenian kontempora­ri dan pascaperan­g bersama Christie’s yang mencipta malam lelongan berorienta­sikan tema itu, menyifatka­n penjualan khusus ini ‘sukar’.

Tidak seperti dalam filem, Gouzer berkata pada minggu lepas: “Artis jarang sekali menyentuh isu Hitler.”

“Saya sendiri mahu memusnahka­nnya. Saya berubah fikiran seribu kali, setiap hari,” Cattelan pernah berkata.

Beliau menambah: “Hitler amat menakutkan dan imej penderitaa­n yang teruk, malah menyakitka­n untuk menyebut namanya.”

“Namun nama itu sudah menakluki memori saya, hidup dalam kepala saya, walaupun masih dianggap pantang.”

Satu lagi karya penting yang dipaparkan di lelongan itu adalah ‘One Ball Total Equilibriu­m Tank’ oleh artis Amerika, Jeff Koons, yang terkenal dengan objek daripada budaya popular.

Karya itu memaparkan sebiji bola keranjang diisi air digantung di tengah tangki mengandung­i larutan bergaram.

Ia dijual kelmarin dengan harga AS$ 15.3 juta, berbanding harga jangkaan maksimum AS$12 juta (RM57 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia