Utusan Borneo (Sabah)

Tanah runtuh di Rwanda, 49 maut

-

KIGALI: Kejadian tanah runtuh disebabkan oleh hujan lebat mengorbank­an sekurang-kurangnya 49 orang dan memusnahka­n ratusan bangunan di Rwanda pada hujung minggu lepas, kata kerajaan.

Hujan lebat menumbangk­an 500 buah rumah, merosakkan prasarana dan mencederak­an 26 orang lagi dari malam Sabtu hingga pagi kelmarin, tambah pegawai.

Negara di seluruh Afrika Timur melaporkan musim hujan yang jauh lebih lebat pada tahun ini, kebanyakan mereka menyalahka­n fenomena cuaca El Nino.

Sebuah bangunan perumahan runtuh di ibu negara Kenya pada 29 April lalu selepas banjir berlaku selama beberapa hari, dan membunuh 49 orang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia