Utusan Borneo (Sabah)

Produk tani M’sia dapat sambutan di Finland

800 kilogram buah-buahan tempatan habis dijual dalam masa dua hari semasa promosi

-

HELSINKI: Buah-buahan tempatan Malaysia serta rangkaian produk industri taninya, terbukti memiliki potensi besar di Finland berikutan sambutan hangat di satu acara promosi di sini, pada 6 dan 7 Mei lepas.

Ini terbukti apabila 800 kilogram buah- buahan tempatan seperti belimbing besi, manggis, mangga, buah naga merah, nangka, betik dan nanas itu habis dijual dalam masa dua hari di acara anjuran Pejabat Perwakilan Pertanian Malaysia (PPP) di The Hague di cawangan KCitymarke­t.

Produk asas tani lain yang turut diketengah­kan adalah Agromas White Coffee (Kopi Susu Agromas), Seri Kaya Madu Agromas, Kuah Rojak Madu Agromas, Kuah Kacang dan Ketulan Kelapa Agromas.

Setiausaha Kedua Pertanian PPP Mohammad Wafiuddin Esa berkata usaha promosi itu menjadi platform menguji pasaran serta memperkena­lkan produkprod­uk baharu.

“Kami membawa 800 kilogram buah-buahan itu yang menjadi bahan utama promosi yang mana 30 peratus untuk sampel manakala selebihnya dijual. Ia terbukti habis dijual dalam masa dua hari berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Menurut Mohammad Wafiuddin, Malaysia adalah pembekal utama belimbing besi hijau ke Finland serta beberapa negara Eropah manakala tempahan oleh pihak K-Citymarket bernilai 20,000 euro, setahun.

“Rakyat Finland lazimnya menjadikan buah itu sebagai hiasan dalam sajian salad mereka. Namun bagi promosi kali ini, kami memperkena­lkan belimbing besi kuning yang sedia dimakan dan ia ternyata mendapat sambutan positif daripada pengguna.

“Malah, hasil pertemuan dengan jabatan pembelian pasar raya itu, mereka kini menimbang secara serius untuk menawarkan buah berkenaan ke rangkaian cawangan mereka,” katanya.

Menurutnya, buah-buahan lain seperti buah naga merah, mangga, manggis dan betik turut dipertimba­ngkan pihak pembeli berikutan kualiti premiumnya.

K- Citymarket yang menguasai 12 peratus bahagian pasaran, dikunjungi 18 juta orang di 81 cawanganny­a dengan nilai jualannya mencecah 2.08 bilion euro.

Mohamad Wafiuddin berkata pihaknya akan meneruskan usahanya memperkena­lkan lebih banyak produk pertanian di pasaran Finland selain mengadakan lebih banyak mesyuarat dan promosi dengan pihak pengimport dan pengedar.

PPP juga katanya, akan terus meninjau pasaran eksport di sektor Eropah dalam usaha membantu pengeluar produk pertanian Malaysia meneroka pasaran premium serta memanfaatk­an harga yang tinggi.

Sementara itu Duta Malaysia ke Finland, Datuk Blanche Olbery yang turut mengunjung­i acara promosi itu, memuji usaha promosi oleh PPP The Hague itu manakala kempen sedemikian wajar diteruskan.

Malah, katanya, pejabat Kedutaan Malaysia di Finland juga merancang untuk menganjurk­an Pameran Makanan Asean pada Ogos depan yang turut mengetenga­hkan produk makanan serta buahbuahan.

Menurutnya, produk sedemikian bukanlah asing bagi ramai pelancong Finland yang pernah singgah ke negaranega­ra Asean berikutan kemudahan perkhidmat­an penerbanga­n terus ke Thailand dan Singapura.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia