Utusan Borneo (Sabah)

Bank-Bank Islam M’sia catat kestabilan pertumbuha­n berbanding Indonesia

-

KUALA LUMPUR: BankBank Islam di Malaysia menunjukka­n kestabilan pertumbuha­n dan kualiti aset yang lebih tinggi berbanding dengan perbankan Islam di Indonesia, walaupun berhadapan dengan cabaran makro ekonomi yang sama, kata Moody’s Investor Service.

Moody’s dalam satu laporan baru-baru ini menyatakan bank- bank Malaysia dan Indonesia merekodkan pertumbuha­n yang perlahan dalampembi­a yaan Islamik, ini mencermink­an kelembapan ekonomi di negara masingmasi­ng.

Bagaimanap­un, laporan itu membukikan bahawa kelembapan di Indonesia adalah lebih ketara, dengan pertumbuha­n sektor pembiayaan Islam perlahan dengan mendadak di bawah 10 peratus dari tahun ke tahun dalam 2014 dan 2015, berbanding 50 peratus pada 2011.

Naib Presiden dan penganalis­is kanan, Simon Chen berkata perbezaan antara dua sistem tersebut adalah jelas walaupun kedua- dua ekonomi itu mempamerka­n aliran pertumbuha­n kredit dan ekonomi yang sama.

“Prestasi bank- bank Islam Malaysia yang lebih baik berbanding dengan rakan- rakan mereka di Indonesia khususnya dari segi pertumbuha­n aset menunjukka­n perbankan Islam Malaysia memiliki francais yang lebih mantap, penembusan pasaran yang lebih mendalam serta sokongan kawal selia yang erat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Laporan Moody’s juga menegaskan bahawa pada 2015, sektor perbankan Islam Malaysia menyumbang kepada 27 peratus daripada jumlah aset sistem perbankan berbanding hanya 5.0 peratus di Indonesia.

Selain daripada skala perbankan Islam yang lebih besar di Malaysia, bankbank ini juga menunjukka­n kepelbagai­an campuran portfolio yang lebih banyak

berbanding dengan Indonesia.

Hasilnya, Moody’s berkata, pertumbuha­n dan kualiti aset bank-bank Islam di Malaysia dan Indonesia akan terus berkembang.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia