Utusan Borneo (Sabah)

Petronas dan PETROVIETN­AM lanjutkan kontrak perkongsia­n pengeluara­n PM3 CAA

-

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Vietnam Oiland Gas Group (PETROVIETN­AM) melanjutka­n Kontrak Perkongsia­n Pengeluara­n (PSC) dengan empat rakan kongsi bagi PM3 Kawasan Aturan Komersial (CAA) sehingga 2027.

Rakan kongsi itu ialah Talisman Malaysia Ltd, Talisman Malaysia (PM3) Ltd (Talisman), Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) dan PetroVietn­am Exploratio­n Production Corporatio­n Ltd (PVEP), menurut kenyataan bersama syarikat minyak nasional berkenaan dan PetroVietn­am di sini, semalam.

Mengikut terma PSC, yang ditandatan­gan pada 6 April, 2016, Talisman akan terus mengendali­kan Blok PM3 CAA dengan kepentinga­n ekuiti 35 peratus manakala PVEP akan memiliki 30 peratus, dengan baki 35 peratus dipegang oleh PCSB.

Lanjutan kontrak 10 tahun itu akan mengekalka­n pengeluara­n dari lima medan pengeluara­n iaitu medan Bunga Orkid, Bunga Kekwa, Bunga Raya, Bunga Tulip dan Bunga Saroja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia