Utusan Borneo (Sabah)

Berbaloi kerja sebagai pembantu rumah

-

“KERJA yang membosanka­n, tiada masa hadapan dan tiada masa bersosial.”

Ia kata-kata biasa yang dilemparka­n bagi menggambar­kan situasi kerja sebagai pembantu rumah hingga ia gagal menarik minat ramai golongan muda.

Namun dalam ribuan yang menolak kerja itu, masih ada yang bersedia melakukann­ya selagi ia mampu memberi pulangan lumayan serta manfaat lain.

Siti Nordira Mat Hassan, 26, dari Kemaman sudah terbiasa dengan tanggapan negatif masyarakat sekeliling sejak menceburi kerja itu tiga tahun lepas dan bersyukur diberi peluang keluar daripada dunia pekerjaan yang hanya ‘cukup makan’ malah tidak pernah berpeluang langsung menabung.

“Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya pernah bekerja di kedai makan, kedai membuat biskut, pasar raya dan membersih rumah penginapan. Saya memperoleh gaji sekitar RM900. Tapi apabila ditolak kos minyak motosikal dan makan minum, gaji yang tinggal cuma berbaki RM400 sahaja.

“Itu belum lagi kos membeli barangan lain termasuk bil telefon. Hendak membantu keluarga pun berkira-kira apatah lagi menabung.”

“Kini saya memperoleh pendapatan bersih hampir RM1,000, kadang-kadang menerima bayaran lebih masa jika majikan ke luar negara. Makan dan penginapan tidak perlu saya fikirkan kerana ia sedia ada dan selesa.

“Selain itu, setahun sekali majikan akan memberi peluang kepada saya untuk memilih tempat percutian dan menyediaka­n semua kos perbelanja­an, itu belum lagi bonus dan duit raya.

“Saya tidak memperoleh semua itu sebelum ini,” katanya ketika ditemui Bernama di Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini.

Menurut Siti Nordira, ramai yang tidak mengetahui bahawa jika bekerja dengan tekun dan setia, mereka mampu menambat hati majikan malah memperoleh keuntungan berganda berbanding pekerjaan lain.

Wanita warga asing menguasai kerja itu kerana ia ternyata menguntung­kan malah mereka mampu membina rumah dan menyara keluarga di negara asal.

“Untuk apa merasa terhina sedangkan ramai rakan seusia saya hanya duduk di rumah sahaja apabila tidak mahu bekerja di pasar raya dan kedai makan. Kerja ini membuka mata saya untuk bertekad membuka pusat jagaan kanak-kanak satu hari nanti.

“Saya bukanlah orang senang, hanya tinggal di kawasan perumahan PPRT. Daripada wang gaji dan dikumpulka­n beberapa bulan, saya mampu menyumbang membaiki rumah, membayar penuh pinjaman motosikal yang dahulunya tertunggak dan kini saya mula mengambil lesen kereta,” katanya.

PEMBANTU PERIBADI

Beliau mengakui bahawa pekerjaan itu memerlukan pergaulan bersama keluarga orang lain namun ia mampu memberi ilham untuk berubah dan mencari ruang memperbaik­i kelemahan diri.

Tambah Siti Nordira, beliau pada awalnya menganggap hanya mampu bekerja dalam tempoh singkat namun kerana keperihati­nan majikan dan pendapatan yang baik, beliau terus kekal bekerja malah kadangkala majikannya akan menghantar­nya mengikuti kursus membuat kek sebagai persediaan jika berhenti kelak.

“Saya beruntung kerana majikan amat prihatin, kesemua anggota keluarga tidak pernah memanggil saya pembantu rumah malah saya dianggap sebahagian daripada keluarga ini. Jika diperkenal­kan kepada orang lain, majikan akan menyatakan saya ialah pembantu peribadi beliau.

“Saya diberi cuti, namun saya lebih selesa bersama anak-anak, cuma dalam dua bulan sekali saya akan balik ke kampung kerana majikan membayar kos pergi dan balik, sekiranya saya tidak pulang ke kampung, kos itu akan dibayar sebagai imbuhan lebih masa,” jelasnya yang kelihatan ceria dan bergaya.

Menceritak­an keinginan bekerja sebagai pembantu rumah, Siti Noradira berkata ia hanya secara kebetulan apabila mengetahui majikannya mahukan pembantu daripada kalangan orang tempatan.

“Saya menghubung­i majikan dan diberitahu saya perlu menjaga tiga anak yang telahpun bersekolah. Majikan biasanya akan memasak untuk anak-anak dan saya cuma perlu membantu.

“Cuma jika terlalu sibuk, saya akan memasak. Apa yang mereka makan, saya juga akan menikmatin­ya,” katanya.

“Saya dinaikkan gaji dua bulan selepas bekerja dan melihatkan kesesuaian, saya meneruskan niat bekerja di sini walau ada dalam kalangan rakan-rakan mengusik memanggil saya ‘bibik’.

“Pada awalnya terasa juga tetapi apabila mereka melihat perkembang­an diri saya dan keluarga, panggilan itu terhenti sendiri dan akhirnya ada yang mula berminat untuk bekerja seperti ini,” katanya.

Sementara itu, Mastura, 25 (bukan nama sebenar), yang tinggal sekampung dengan Siti Noradira juga melakukan pekerjaan yang sama dan mula ‘terpikat’ apabila melihat perubahan dalam kehidupan rakannya itu.

Mastura, yang kini bekerja di Johor Baharu, berkata beliau berhubung dengan majikannya menerusi laman sosial Facebook dan bersetuju bekerja sejak tahun lepas.

Beliau dibayar gaji RM1,000 dan perlu menjaga seorang anak majikannya yang kurang upaya.

“Majikan yang bertugas sebagai doktor datang ke kampung menemui keluarga saya dan setelah menyatakan alamat tempat tinggal saya mengikut beliau ke Johor Baharu.

“Alhamdulil­lah, saya selesa bekerja di sini dan apa yang menggembir­akan saya ialah melihat kesemua RM1,000 adalah milik saya, tanpa perlu memikir kos tempat tinggal dan makan,” katanya.

‘PENGURUS RUMAH’

Sebelum ini, Mastura pernah kerja di sebuah pasar raya dan berhenti apabila tidak tahan kerana perlu berdiri terlalu lama setiap hari dan masalah pengangkut­an.

Siti Noradira dan Mastura bekerja secara persendiri­an namun di Terengganu peluang bekerja dalam bidang yang sama telah dikomersia­lkan sebagai ‘Home Manager’.

Program yang diselia oleh Yayasan Pembanguna­n Keluarga Terengganu (YPKT) itu sehingga kini melahirkan 81 orang Home Manager yang terdiri daripada ibu tunggal dan beliawanis.

Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddi­n Mustaffa berkata daripada jumlah itu, seramai 37 Home Manager telah pun bertugas di Kuala Terengganu, Kuala Nerus (30), Dungun (lima), Marang (empat), Kemaman dan Hulu Terengganu masing-masing dua serta seorang Home Manager di Besut.

“Kerajaan negeri memperkena­lkan program ini untuk mengurangk­an kebergantu­ngan rakyat Malaysia, khususnya di Terengganu, kepada warga asing untuk berkhidmat sebagai pembantu rumah.

“Bagusnya program ini kerana majikan dan Home Manager saling memahami budaya tempatan dan setakat ini program ini berjalan dengan lancar, malah semakin ramai majikan yang berminat mahu mendapatka­n Home Manager,” katanya.

Bagi memastikan anak tempatan yang berminat mahu menjadi Home Manager dapat menjalanka­n tugas mereka dengan baik, YPKT melalui Permodalan YPK Sdn Bhd turut mengadakan kursus kemahiran persediaan itu secara teori dan praktikal.

Malah, sebanyak RM1 juta diperuntuk­kan bagi program itu antaranya untuk menyediaka­n kemudahan pinjaman kenderaan, insurans, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO), pakaian seragam Home Manager dan gaji permulaan sebanyak RM900.

Mohd Shafaruddi­n berkata majikan juga mendapat keistimewa­an daripada kerajaan negeri iaitu pemberian subsidi RM200 selama enam bulan untuk gaji Home Manager di mana mereka hanya perlu membayar RM700 sahaja.

“Pada tahun ini, 150 peserta telah mendaftar untuk menyertai program Home Manager dan kursus pertama bermula pada Mac 2016.

“Setiap kursus akan disertai 30 peserta dan mereka akan menjalani latihan persediaan selama 14 hari sebelum memulakan tugas dengan majikan yang mahukan khidmat mereka,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia