Utusan Borneo (Sabah)

Bina badan dengan apa sahaja di gim Burkina Faso

-

DI sebuah gim serba siap di daerah setinggan Dapoya di Ouagadougo­u, ahli bina badan muda yang menggunaka­n alat pemberat buatan sendiri mengetahui otot yang sangat kuat boleh membawa kepada satu pekerjaan.

“Kami bermula dengan tin-tin kosong yang diisi simen atau pasir,” kata Maxime Tiendrebeo­go, 40, yang mengasaska­n MM Club bersama adik lelakinya Mathieu 20 tahun lepas, ketika ditemui koresponde­n Nabila El Hadad baru-baru ini.

Dikeliling­i bangunan usang dan tempat persemadia­n kenderaan lama berkarat dan alat ganti kereta berselerak­an, berbelas pemuda bermandi peluh sedang bersenam di bawah sinaran lampu malap di pondok beratap jerami itu.

Kira-kira 60 anggota berlatih di sana setiap minggu, kebanyakan­nya memiliki tatu salib dan hati yang kecewa.

Bahagian leher baju-T Maxime yang terbuka menunjukka­n parut yang menurut beliau kesan kelaran pisau yang diperolehi­nya ketika membantu seorang rakan yang sedang dibelasah.

Di MM Club, peralatann­ya diperbuat daripada besi buruk seperti silinder enjin dan plat klac serta bola petanque keluli.

Kerusi panjangnya usang dimakan anai-anai, debu memenuhi udara, sebahagian logam pemberat itu diwarnakan dengan merah terang, hijau dan kuning bendera negara Burkina Faso.

“Kami mengumpul apa yang kami perlukan, menimbangk­annya dengan bantuan penjual besi, kemudian menghantar­nya kepada tukang kimpal,” menurut anggota MM Idrissa, yang bekerja pada waktu malam sebagai tukang pukul di sebuah dewan tarian.

“Saya mempunyai dua orang anak yang bersekolah.

“Sekarang setelah mempunyai pendapatan setiap bulan, saya akan mampu untuk meneruskan pengajian,” tambah beliau.

UBAH KEHIDUPAN

Selepas meninggalk­an kampungnya pada usia 10 tahun dan seperti beribu-ribu orang lagi yang bekerja di lombong emas haram, Idrissa pergi ke Ouagadougo­u untuk mencari pekerjaan yang lebih baik sebelum menemui dua pengasas gim tersebut.

“Segala-galanya bermula dengan pergaduhan dengan Maxime.

“Keesokan harinya beliau mencadangk­an saya menyertai mereka,” kata beliau.

Kebanyakan anggota kelab bekerja sebagai pengawal keselamata­n atau tukang pukul serta memperoleh­i purata 80,000 CFA franc (RM500) sebulan, satu pendapatan yang memadai di negara Sahel itu yang merupakan salah satu negara termiskin di dunia.

“Kami mengeluark­an golongan muda dari kesusahan dengan membantu mereka mencari pekerjaan yang stabil.

“Apabila mereka tidak tahu ke mana untuk dituju, kami akan menempatka­n mereka,” kata Maxime.

“Mereka yang mempunyai pekerjaan memberikan bantuan kewangan kepada yang lain sehingga mereka juga mendapat pekerjaan,” tambah beliau sambil duduk di dalam restoran kegemarann­ya, tidak berapa jauh dari gim tersebut.

“Namun sekiranya sesiapa tidak melakukan kerja dengan baik, seandainya mereka tidak menghormat­i peraturan, mereka akan ditendang keluar dari kelab.”

Zakaria meninggalk­an kampungnya untuk ke bandar tiga tahun lepas dengan harapan membantu keluargany­a.

Sehingga beliau menemui ahli bina badan tersebut, beliau tinggal di jalanan, tidur di atas kadbod dan menjual roti.

“Sebelum saya mulai membangunk­an otot saya, saya tidak dapat mengangkut satu beg beras,” menurut lelaki berusia 18 tahun itu.

Sekarang beliau bekerja pada waktu siang di sebuah stesen bas, menguruska­n barangan berat dan pada waktu malam menjadi pengawal keselamata­n di sebuah restoran.

“Kekuatan badan saya telah membantu!”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia