Utusan Borneo (Sabah)

Mangsa kebakaran rumah diminta bersabar

-

KUDAT: Ketua Pemuda Umno Bahagian Kudat Norsalin Salam meminta penduduk Kampung Gumpa/ Perpaduan yang terlibat dalam kebakaran rumah kediaman baru-baru ini supaya banyak bersabar dengan musibah yang menimpa diri mereka dan keluarga masing-masing.

Katanya, sesiapa pun tidak mahu dilanda musibah apatah lagi membabitka­n rumah kediaman dan harta benda yang berharga namun, ia merupakan satu dugaan daripada Allah SWT yang menguji sejauh mana kesabaran mereka.

“Setiap kejadian mesti ada hikmah di sebaliknya... ia adalah kententuan Allah SWT,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kudat berupa makanan harian dan wang tunai kepada mangsa kebakaran rumah kediaman di Kampung Gumpa/ Perpaduan, di sini barubaru ini.

Dalam pada itu, Norsalin menasihatk­an penduduk yang terbabit sekiranya hendak mendirikan semula rumah kediaman mereka yang musnah dalam kebakaran itu, hendaklah melakukann­ya dalam jarak berjauhan dengan rumah jiran bagi mengelakka­n kejadian seumpama itu berulang.

Katanya, jika rumah didirikan jaraknya berjauhan antara satu dengan yang lain sudah pasti banyak manfaatnya, selain menikmati keselesaan dengan suasana sekeliling.

Tragedi kebakaran itu melibatkan 13 keluarga daripada empat rumah yang musnah terbakar manakala tiga rumah yang lain separuh musnah.

Hadir sama di majlis itu, Pengerusi JKKK Gumpa/ Perpaduan Ayu Ibrahim, Penolong Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Kudat Isnadi Awang dan Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Kudat Malai Saruddin Malai Ahmad.

 ??  ?? NORSALIN berucap di majlis itu.
NORSALIN berucap di majlis itu.
 ??  ?? ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memadamkan api di salah sebuah daripada empat rumah yang musnah terbakar.
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memadamkan api di salah sebuah daripada empat rumah yang musnah terbakar.
 ??  ?? ANTARA mangsa kebakaran yang hadir di majlis itu.
ANTARA mangsa kebakaran yang hadir di majlis itu.
 ??  ?? NORSALIN (dua dari kanan) menyampaik­an sumbangan berupa makanan harian dan wang tunai kepada salah seorang mangsa.
NORSALIN (dua dari kanan) menyampaik­an sumbangan berupa makanan harian dan wang tunai kepada salah seorang mangsa.
 ??  ?? NORSALIN menyampaik­an sumbangan kepada seorang mangsa lelaki.
NORSALIN menyampaik­an sumbangan kepada seorang mangsa lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia