Utusan Borneo (Sabah)

CHAMSARANG

TV9, jam 6.37 petang

-

It’s Alright, This Is Love - Jang Jae-yeol merupakan seorang DJ radio dan juga penulis novel misteri yang laris. Seorang yang ceria dan sedikit angkuh, dia juga terlalu obses dengan sesuatu perkara. Ji Hae-Soo pula baru memulakan tahun pertamanya sebagai pakar psikiatri kerana dia tidak suka melakukan pembedahan. Walaupun dia seorang yang bercita-cita tinggi, dia prihatin dengan pesakitnya. Namun begitu di sebalik semua itu, dia mempunyai pandangan negatif kepada cinta dan hubungan dalam kehidupann­ya sendiri. Selepas dia bertemu Jang Jae-Yeol, kehidupan Hae-Soo mula berubah kerana sikap masing-masing yang saling tidak mahu mengalah kepada satu sama lain. Namun tanpa disedari pertemuan yang dimulai dengan pertengkar­an akhirnya bertukar menjadi cinta. PELAKON: Jo In-Sung, Kong Hyo-Jin, Sung Dong-Il, Lee Kwang-Soo

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia