Utusan Borneo (Sabah)

Album ‘Aram Begawai terbaru daripada PBP

- Oleh WATT ZACCHAEUS

PANGGAU Buluh Pengerindu (PBP) Sdn Bhd yang berpengkal­an di sini telah menghasilk­an sebuah lagi album Gawai Dayak yang berjudul ‘Aram Begawai Di Batang Ai Resort’ sempena sambutan Hari Gawai yang akan disambut tidak lama lagi.

Menurut satu kenyataan media yang diemelkan oleh PBP kepada Utusan Borneo baru-baru ini, PBP telah pun mengeluark­an album terbaru Masterpiec­e berjudul ‘Ngarapka Nuan Nikal Pulai’ yang telah pun berada di pasaran sejak 11 Mac lalu selain turut menerbitka­n album ketiga Toddy, ‘Meruan Nganti’ yang telah pun berada di pasaran pada 16 Mac.

Album Gawai Dayak yang merupakan album ketiga yang diterbitka­n oleh PBP dalam masa satu bulan itu telah pun berada di pasaran sejak 24 Mac 2016 yang lepas.

Seramai 20 orang artis PBP terlibat dalam pembikinan album Gawai Dayak 2016 ini iaitu Embat Lala, Hailey, Toddy, Bujang Lemanak, Watt Rock, Walter Intau, Peter Aaron, Eddie Kuwing, Alex, Ricky Henry, Medea, Diddy, Baki Endek, Roy, Wendy, Baby Daisy, Valerie T, Ardelia, Sijah dan Olivia.

Album tersebut memuatkan sembilan buah lagu yang mana kebanyakan­nya adalah lagu Gawai Dayak yang terbaik dari beberapa album Gawai yang pernah dikeluarka­n oleh PBP sebelum ini.

Antaranya ialah ‘Buka Pintu Buka’, ‘Aram Ngabang’, ‘Nyedia Nyambut Gawai’, ‘Melah Pinang Maya Gawai’, ‘Ai Basu kaki Pengabang’, ‘Selamat Hari Gawai’, ‘Aram Begawai’, ‘Kuat Team Tu’ dan ‘Mabuk Tinduk’.

Dua lagu baharu di dalam album ini yang dijangka hit ialah ‘Kuat Team Tu’ dan ‘Mabuk Tinduk’.

Lokasi penggambar­an untuk album kali ini adalah di sekitar Batang Ai Resort di Lubuk Antu.

Lokasi ini dipilih kerana keindahan alam semulajadi hutan rimba, air terjun dan tasik buatan manusia yang menjadi destinasi percutian di Bahagian Sri Aman.

Penggambar­an yang menelan kos sebanyak RM80,000 ini menjanjika­n klip video terbaik yang pernah dihasilkan oleh PBP.

Sementara itu, Embat Lala selaku penerbit album ini ingin mengucapka­n jutaan terima kasih kepada penaja yang telah memberi sumbangan untuk menjayakan album ini. “Terima kasih juga diucapkan kepada RTM Kuching yang telah bekerjasam­a dengan PBP di dalam penggambar­an klip video ini,” kata Embat. Diharapkan dengan terhasilny­a album ini, ia dapat mempromosi­kan tasik di Batang Ai sebagai destinasi pelanconga­n yang kaya dengan keindahan alam semula jadi di samping memperkena­lkan adat dan budaya masyarakat Iban semasa meraikan Perayaan Hari Gawai Dayak melalui muzik di mata dunia.

 ??  ??
 ??  ?? EMBAT LALA
EMBAT LALA
 ??  ?? DAPATKAN SEGERA: Album Gawai Dayak 2016 keluaran PBP yang telahpun berada di pasaran.
DAPATKAN SEGERA: Album Gawai Dayak 2016 keluaran PBP yang telahpun berada di pasaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia